Home Ekonomi Enam GLIC Beri Komitmen Pelaburan Domestik RM120 Bilion – MoF
Ekonomi

Enam GLIC Beri Komitmen Pelaburan Domestik RM120 Bilion – MoF

Enam GLIC Beri Komitmen Pelaburan Domestik RM120 Bilion – MoF

Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Livevartha) — Enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) utama memberikomitmen secara kolektif untukmembuat pelaburan langsung domestik (DDI) sebanyak RM120 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Usaha di bawah pelaksanaanfasa pertama program GEAR-uP diterajui kementerian itu bertujuan memacu pertumbuhan ekosistem ekonomi baharu selain meningkatkan penyertaan GLIC dalam ikhtiar pembangunan negara.

Dalam kenyataannya hari ini, MOF berkata enam GLIC terbabit adalah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Jumlah yang diikraritu adalah di sampingpelaburan-pelaburan enamGLIC dalam pasaran modal awam yang bernilai RM440 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata program itu bertujuan mensinergikan usaha merentas entiti berkaitan kerajaan dalam memangkin pertumbuhansektor ekonomi utama.

“Bagi mencapai sasarankerangka Ekonomi MADANI, terdapat keperluan untuk menggerakkan semua pihak di seluruh negara,termasuklah pihak korporat.

“Melalui penglibatan menyeluruh ini, GLIC akan meningkatkan tumpuan mereka kepada pelaburan tempatan dan modal dilabur ini boleh dimanfaatkan semua rakyat serta melahirkan ekosistem-ekosistem ekonomi baharu,” kata beliau dalam kenyataan sama.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian selepas taklimat mengenai program itu di GEAR-uP Gallery Walk di Dewan Utama Kompleks Kementerian Kewangan diPutrajaya, semalam.

Related Articles

Kerajaan hantar Ketua Perunding ke AS dalam masa terdekat
Ekonomi

Kerajaan hantar Ketua Perunding ke AS dalam masa terdekat

Tengku Zafrul Tengku Abdul AzizKUALA LUMPUR: Kerajaan akan menghantar Ketua Perunding (CN)...

Ekonomi

Kontrak niaga hadapan emas ditutup tinggi

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 29 April- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Ekonomi

Ringgit teruskan aliran meningkat, ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh 6 bulan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 29 April- Ringgit meneruskan aliran meningkatnya berbanding dolar AS...

Ekonomi

Syarikat OGSE digesa teroka tenaga lestari

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 29...