Home Ekonomi Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024 sasar transaksi RM60 juta
Ekonomi

Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024 sasar transaksi RM60 juta

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 29 November – Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024 menyasarkan nilai transaksi mencecah 60 juta ringgit sepanjang tiga hari penganjurannya.

Ekspo yang julung kali diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China itu bermula hari ini hingga 1 Disember di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Pengarah Urusan JMM Holding dan JMM Exhibition yang merupakan hos ekspo, Albert Chan berkata, ekspo berperanan merapatkan hubungan perniagaan dan meningkatkan perdagangan dua hala Malaysia-China.

Pada masa sama, mengukuhkan peranan Malaysia sebagai hab e-dagang serantau di Asean.

\”Kami berharap melalui ekspo ini, peniaga dan pengguna tempatan dapat terus berhubung dengan pengeluar China, seterusnya mengukuhkan hubungan perdagangan dua hala,\” katanya pada pelancaran ekspo berkenaan di ibu negara.

Lebih 200 pempamer tempatan dan China dari pelbagai industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menyertai acara tersebut, menawarkan antaranya produk penyelesaian tenaga boleh baharu dan teknologi pintar.

Acara itu turut menjangkakan kehadiran lebih 15 ribu pengunjung dan delegasi perniagaan.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...