Home Ekonomi Ekosistem Holistik E&E Pulau Pinang Faktor Utama Pelaburan Semula MNC – Chow
Ekonomi

Ekosistem Holistik E&E Pulau Pinang Faktor Utama Pelaburan Semula MNC – Chow

Ekosistem Holistik E&E Pulau Pinang Faktor Utama Pelaburan Semula MNC – Chow

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (tengah) bergambar bersama Ahli Jawatankuasa MMK Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar Kumaresan Aramugam (lapan, kanan) dan Pengerusi Persidangan dan Ketua Pegawai Ekesekutif Kontron Malaysia Datuk Dr Shanmuganathan (sembilan, kiri) serta tetamu kehormat yang hadir pada Majlis Perasmian Malaysia Madani Penang Indian E&E SME Summit 2024 hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow ketika melakukan lawatan selepas merasmikan Malaysia MADANI Penang Indian E&E SME Summit 2024 hari ini.

GEORGE TOWN, 22 Ogos (Livevartha) — Kelebihan ekosistem elektrik dan elektronik (E&E) Pulau Pinang yang holistik menjadi faktor utama bagi syarikat multinasional (MNC) membuat keputusan pelaburan untuk mengembangkan operasi di negeri itu.

Ketua MenteriChow Kon Yeow berkata persepsi itu diperoleh menerusi misi pelaburan dan perdagangan diketuai beliau ke Amerika Syarikat pada 4-14 Ogos, 2024 yangmenumpukan kunjungan ke atas syarikat-syarikat beroperasi di Pulau Pinang selain yang berpotensi untuk melabur.

“Kebanyakan syarikat-syarikat ini mempunyai perancangan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan membina kemudahan baharu di tanah kosong di lokasi sedia ada.

“Menerusi kunjungan (ke AS), saya boleh katakan yang mereka berpuas hati dengan apa ditawarkan oleh Pulau Pinang berikutan ekosistem sedia ada dapat menyokong rancangan pertumbuhan syarikat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang KemuncakPKS India MADANI Pulau Pinang 2024 di sini, hari ini.

Menjelaskan selanjutnya, Chow berkata Pulau Pinang yang turut dikenali sebagai Lembah Silikon Timur, turut menyediakan asas kukuh bagi kemajuan industri E&E, dipacu oleh barisan tenaga kerja yang mantap, sokongan kerajaan, infrastruktur serta dasar berkaitan.

Enggan selesa dengan kelebihan itu, beliau menegaskan Pulau Pinang sebaliknyaakan terus memperkenalkan inisiatif-inisiatif baharu dalam bulan-bulan akan datang bagi merancakkan lagi ekosistem industri E&E negeri berkenaan.

Sejajar alasan itu, beliau berkata kerajaan negeri akan memperkenalkan inisiatif ‘Penang Silicon Design @ 5km+' yang merangkumi empat projek utama iaitu Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu dan Digital, Akademi Reka Bentuk Cip Pulau Pinang, Ruang Penyelidikan dan Inkubasi Silikon dan Pelan Hala Tuju Bakat STEM Pulau Pinang.

“Menerusi usaha sedemikian, kita menyasarkan untuk meletakkan Pulau Pinang sebagai hab utama bagi inovasi dan reka bentuk semikonduktor, sekali gus mengukuhkan peranan strategik dalam mencapai matlamat besarMalaysia.

“Langkahmemajukan keupayaan dan memupuk ekosistem kukuh juga seiring hasrat untuk menarik pelaburan global, mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi dan memacu kemajuan teknologi yang memberi manfaat kepada negeri serta negara,” katanya.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...