Home Ekonomi Ekonomi negara kukuh, pertumbuhan suku kedua capai 5.9 peratus
Ekonomi

Ekonomi negara kukuh, pertumbuhan suku kedua capai 5.9 peratus

Ekonomi negara kukuh, pertumbuhan suku kedua capai 5.9 peratus

Asas ekonomi negara terus mengukuh dengan unjuran pertumbuhan ekonomi suku kedua 2024 mencapai 5.9 peratus / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Oktober – Asas ekonomi negara terus mengukuh dengan unjuran pertumbuhan ekonomi suku kedua 2024 mencapai 5.9 peratus, berbanding 4.2 peratus pada suku pertama.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata kadar pengangguran turut mencatat penurunan kepada 3.2 peratus setakat Ogos 2024, menghampiri keadaan sebelum pandemik COVID-19.

\”Inflasi pada Ogos 2024 berada pada tahap terkawal iaitu 1.9 peratus, berbanding 2 peratus bagi tiga bulan sebelumnya. Selain itu, pelaburan yang diluluskan, perdagangan, serta indeks pengeluaran perindustrian menunjukkan prestasi lebih kukuh, manakala sistem kewangan yang teguh turut menyumbang kepada peningkatan nilai ringgit,\” katanya ketika menjawab soalan daripada wakil Kampar, Chong Zhemin di Dewan Rakyat, di sini.

Jawapan tersebut dibacakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...