Home Ekonomi Ekonomi Malaysia suku keempat 2024, berkembang lima peratus
Ekonomi

Ekonomi Malaysia suku keempat 2024, berkembang lima peratus

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 14 Februari- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak lima peratus pada suku keempat 2024, didorong permintaan dalam negeri.

Bank Negara Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, aktiviti pelaburan kukuh itu disokong oleh pelaksanaan berterusan projek baharu dan projek sedia ada.

\”Perbelanjaan isi rumah terus mampan berikutan keadaan pasaran pekerja yang positif dan sokongan dasar yang berterusan.

\”Dalam sektor luaran, pertumbuhan eksport barangan dan perkhidmatan terus berkembang manakala pertumbuhan import modal dan import perantaraan menjadi sederhana,\” menurut kenyataan itu.

Dari segi penawaran, pertumbuhan disebabkan
pengembangan dalam sektor perkhidmatan disokong peningkatan daripada subsektor berkaitan pengguna dan berkaitan perniagaan.

Secara keseluruhan, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.1 peratus pada 2024.

Ia dipacu oleh permintaan dalam negeri yang terus berkembang dan pemulihan dalam eksport.

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...