Home Ekonomi Ekonomi Malaysia kekal berdaya saing meski ditekan tarif baharu AS
Ekonomi

Ekonomi Malaysia kekal berdaya saing meski ditekan tarif baharu AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 24 April – Ekonomi Malaysia masih mampu bertahan dan mempamerkan daya saing di peringkat global ketika ini, walaupun berdepan tekanan pelaksanaan tarif baharu oleh Amerika Syarikat (AS).

Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad berpandangan hubungan dagangan yang kukuh dengan kuasa besar lain serta beberapa negara serantau akan mengimbangi sebarang risiko ketidaktentuan ketika ini.

\”Harus diingat Malaysia mempunyai masih lagi mempunyai hubungan rapat dengan kuasa-kuasa besar ekonomi lain seperti China, India, Rusia, Jepun dan Turkiye. Dan juga negara ASEAN seperti Indonesia, Thailand dan Singapura.

\”Maka ini jelas menunjukkan Malaysia masih lagi mampu menjalankan perdagangan dan pelaburan pada peringkat pada peringkat yang berimpak tinggi dan mampu menjana dan memberi pendapatan serta pulangan baik kepada negara. Seterusnya ini mampu menjamin pertumbuhan ekonomi yang teguh dan stabil bagi tahun ini,\” kata Dr. Bashir.

Jelasnya, semakan semula pertumbuhan ekonomi global atau sesebuah negara oleh institusi kewangan antarabangsa dan firma penyelidikan adalah perkara lazim. Ia mengambil kira keadaan ekonomi semasa dan peralihan dasar di peringkat global mahupun domestik.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...