Home Ekonomi Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.2%
Ekonomi

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.2%

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 9 Januari- Affin Bank Bhd menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.2 peratus tahun ini, berbanding anggaran pertumbuhan 5 peratus pada 2024.

Unjuran itu sejajar ramalan pertumbuhan antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus oleh Kementerian Kewangan (MOF).

Ketua Ekonomi Kumpulan Affin Bank, Alan Tan, berkata, tahun ini pertumbuhan diunjur stabil, terutamanya untuk ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Eksport elektrik dan elektronik diunjur meneruskan pemulihan daripada tahun lalu, selari peningkatan jualan semikonduktor global.

Ekonomi domestik akan terus mendapat manfaat daripada permintaan dalaman yang kukuh, disokong pasaran buruh yang stabil dan perbelanjaan isi rumah.

Bagi nilai ringgit, beliau menjangkakan mata wang tempatan berada di paras RM4.10 berbanding dolar, menjelang akhir tahun ini.

Manakala, kadar dasar semalaman (OPR), diunjur kekal stabil seterusnya mengurangkan perbezaan antara kadar tempatan dan kadar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan menggalakan kemasukan aliran ringgit.

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...