Home Ekonomi Ekonomi Malaysia berkembang, cerminan landskap ekonomi lebih stabil
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang, cerminan landskap ekonomi lebih stabil

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 14 Februari- Laporan prestasi ekonomi negara yang berkembang sebanyak lima peratus pada suku ke-4 2024 mencerminkan Malaysia berada pada landasan dan landskap ekonomi yang lebih stabil.

Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Bashir Ahmad Shabir Ahmad, berkata, ia didorong pertumbuhan rancak ekonomi domestik sepanjang 2024 yang berupaya menjamin kestabilan dan kebajikan rakyat.

\”Kemampuan pelaburan langsung domestik (DDI) itu mengatasi jumlah pelaburan langsung asing (FDI) bagi tempoh 2024, dengan nisbah DDI sekitar 60 peratus berbanding dengan FDI kepada 40 peratus.

\”Ini jelas menunjukkan struktur asas ekonomi Malaysia bagi domestik berada pada dalam kedudukan yang lebih stabil,kukuh dan juga teguh,\” katanya ketika dihubungi RTM.

Dalam pada itu beliau turut menjangkakan pertumbuhan ekonomi kekal stabil dan mampu mencapai kadar lima peratus ke atasuntuk tahun ini walaupun berdepan cabaran ketidaktentuan politik dan ekonomi global.

Kemampuan Malaysia untuk terus bersaing di peringkat global boleh dibuktikan dengan memanfaatkan peluang menjadi tuan rumah ASEAN 2025 dengan baik agar dapat menarik lebih ramai pelabur luar ke negara ini.

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...