Home Ekonomi Ekonomi digital diunjur sumbang 25% kepada KDNK akhir 2025
Ekonomi

Ekonomi digital diunjur sumbang 25% kepada KDNK akhir 2025

Ekonomi digital diunjur sumbang 25% kepada KDNK akhir 2025

Gobind Singh Deo

KUALA LUMPUR, 28 September – Ekonomi digital negara mampu mencapai atau melebihi sasaran sumbangan lebih 25 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang akhir tahun depan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo menzahirkan keyakinan itu kerana dasar Malaysia yang mesra perniagaan dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS belakangan ini.

\”Situasi ini telah menyumbang kepada prospek positif ekonomi Malaysia sekali gus menarik dan meningkatkan aliran masuk dana pelaburan,\” jelasnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala dan Malam Anugerah Persatuan Pusat Hubungan Malaysia (CCAM), malam tadi.

Justeru katanya, peralihan daripada agenda pusat hubungan, kepada pengalaman pelanggan menerusipendigitalan dan inovasi sangat diperlukan dan CCAM memainkan peranan besar dalam meningkatkan ekonomi digital Malaysia.

\”Selaras itu, Kementerian Digital melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan terus membantu CCAM dan anggotanyadalam meningkatkan agenda pengalaman pelanggan,\” ujarnya.

Related Articles

CAB catat untung bersih RM19.75j pada suku kedua
Ekonomi

CAB catat untung bersih RM19.75j pada suku kedua

CHRISTOPHER CHUAH HOON PHONGPETALING JAYA: CAB Cakaran Corporation Berhad (CAB), satu daripada...

Deleum peroleh 70% kepentingan PT OSA Industries Indonesia
Ekonomi

Deleum peroleh 70% kepentingan PT OSA Industries Indonesia

ROA Abdullah (kanan) bersama Pengasas dan Pengarah PT OSA, Ong Siow Aik...

AmInvestment Bank lancar AmEquities, platform dagangan baharu
Ekonomi

AmInvestment Bank lancar AmEquities, platform dagangan baharu

CHRISTOPHER Ng Kok Wai (kiri) dan Leo On Chin Liang ketika pelancaran...

Negeri Sembilan bangunkan hab bioteknologi di Bandar Enstek
Ekonomi

Negeri Sembilan bangunkan hab bioteknologi di Bandar Enstek

AMINUDDIN Harun (lima dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB, Rafe...