Home Ekonomi Ekonomi berasaskan sedekah perkasa kewangan Islam
Ekonomi

Ekonomi berasaskan sedekah perkasa kewangan Islam

Pendekatan ekonomi berasaskan sedekah berpotensi memperkasa kewangan Islam serta membina ekosistem kewangan yang lebih mampan dan lestari / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 10 Februari – Pendekatan ekonomi berasaskan sedekah berpotensi memperkasa kewangan Islam serta membina ekosistem kewangan yang lebih mampan dan lestari.

Ketua Pegawai Kewangan Sosial Kumpulan Bank Islam Malaysia, Mohd Nazri Chik berkata konsep tersebut dapat mengurangkan beban kos kewangan kerana ia tidak bergantung kepada dana berbentuk deposit yang memerlukan pulangan kepada penyimpan.

\”Apabila dana diperoleh melalui sumbangan seperti zakat dan wakaf, ia tidak membawa elemen kos. Jika sebelum ini kita bergantung kepada deposit yang memerlukan pulangan kepada penyimpan, sistem ini menawarkan pendekatan yang lebih lestari,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media, di sini.

Menurut Mohd Nazri, sistem kewangan Islam ini mampu memberi impak lebih luas kepada masyarakat dengan memastikan agihan sumber kewangan lebih adil serta membantu golongan memerlukan.

Sebagai inisiatif ke arah merealisasikan konsep tersebut, Bank Islam telah menyertai Projek Hassan, sebuah projek wakaf yang dikendalikan dengan kerjasama beberapa institusi kewangan Islam bagi memperkasakan ekonomi petani miskin di seluruh negara.

Langkah tersebut dijangka membuka lebih banyak peluang ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui model kewangan Islam yang mampan.

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...