Home Ekonomi EHB bangunkan pangsapuri servis di Ipoh
Ekonomi

EHB bangunkan pangsapuri servis di Ipoh

EHB bangunkan pangsapuri servis di Ipoh

MAJLIS menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi projek pembangunan pangsapuri servis dilengkapi perabot termasuk empat unit lot komersial di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh, Perak.

IPOH:  Exsim Hospitality Berhad (EHB) akan membangunkan pangsapuri servis dilengkapi perabot termasuk empat unit lot komersial di Jalan Sultan Idris Shah di sini.

Pengarah Eksekutif EHB, Paramjit Singh berkata, projek mengandungi 420 unit rumah tersebut dibangunkan dengan kerjasama EHB, Exsim Ipoh City dan Liew Yin Land Sdn Bhd. 

Menurutnya, pangsapuri itu dibina di atas tanah seluas 0.52 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM230 juta.

“Pembinaan projek ini dijangka bermula pada tahun ini dan mengambil masa lebih kurang empat hingga lima tahun untuk siap sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi projek pembangunan tersebut di sini semalam.

Menurut Paramjit, projek itu dijangka siap pada 2030 dengan setiap unit berkeluasan 484 kaki persegi hingga 904 kaki persegi, dilengkapi dua bilik tidur dan satu bilik air. 

“Setiap unit akan dijual pada harga bermula RM800 hingga RM850 setiap kaki persegi dengan berkelengkapan penuh. 

“Pembeli hanya perlu membawa beg (pakaian) sahaja kerana semuanya lengkap,” katanya.

Menurutnya, inisiatif pembinaan pangsapuri servis itu bertujuan untuk meningkatkan peluang perniagaan dan memacu perkembangan bandar raya Ipoh.

“EHB boleh memanfaatkan kepakarannya melalui jenama hospitaliti sewa jangka pendek, Mana Mana Hospitality (MMH) yang akan menguruskan operasi selaras dengan menyediakan  penginapan berkualiti tinggi.

“Ia juga bagi memastikan model perniagaan yang mampan dengan kepakaran MMH dalam penyelesaian hujung ke hujung, iaitu daripada pra-pembukaan sehingga kepada operasi,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...