Wednesday , 26 March 2025
Home Ekonomi ECERDC Lepasi Pencapaian Pelaburan RM10 Bilion, Sasar RM15 Bilion Menjelang Hujung Tahun
Ekonomi

ECERDC Lepasi Pencapaian Pelaburan RM10 Bilion, Sasar RM15 Bilion Menjelang Hujung Tahun

ECERDC Lepasi Pencapaian Pelaburan RM10 Bilion, Sasar RM15 Bilion Menjelang Hujung Tahun

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Livevartha) –Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bersedia mencapaipelaburan direalisasikan sebanyak RM15 bilion,menjelang Disember 2024,melepasi sasaran awal tahun ini sebanyak RM10 bilion.

"Kami mempunyai petunjuk prestasi utama (KPI) setiap tahun dan dua daripada KPI utama kami adalah untuk komited dan merealisasikan pelaburan. Kami telah melepasi sasaran awal, namun masih belumberpuas hati dengan kejayaan itu.

"Kami juga merangka pelan dan program yang boleh membantu kami mencapai wawasan kami sehingga 2030, di bawah Pelan Induk ECER (EMP) 3.0 dan meningkatkan aliran masuk pelaburan ke Pantai Timur," kataKetua Pegawai Operasi Majlis Pembangunan ECERDatuk Ragu Sampasivam.

Beliau berkata demikianpada program bual bicara Livevartha TV "The Nation: ECER – Closer Than You Think".

Ragu berkata dengan rancangan tersebutECERDC bersedia untuk meningkatkan pembangunan ekonominya dan menarik pelaburan yang berterusan,sekali gus membuka jalan pertumbuhan mampan pada tahun-tahun akan datang.

Sementara itu, mengenai peluang pelaburan khusus yang ada dalam ECER, beliau berkata koridor ekonomi itu membuka ruang kepada pelabur merentasi pelbagai sektor, termasuk pembangunan perindustrian, pertanian, infrastruktur, pelancongan dan pembangunan mampan.

“Pelaburan industri utama tertumpu di sekitar taman tematik, seperti Taman Automotif Pekan, yang menempatkan jenama terkenal seperti Mercedes. Tidak ketinggalan, Taman Biopolimer Kerteh,yang memfokuskan pada produk kimia hiliran, dan mendapat manfaat daripada Kompleks Petrokimia Bersepadu Kerteh yang dikendalikan Petroliam Nasional Bhd.

“Pelancongan merupakan satu lagi tumpuan utama, dengan infrastruktur baharu seperti Laluan Rel Pantai Timur dan Laluan Lingkaran Tengah Utama, yang dijangka mampu meningkatkan kebolehsampaian rantau ini menjelang 2026,” katanya.

Ragu berkataECERDC sedang membangunkan taman kenderaan rekreasi (RV) untuk menarik pelancong yang berminat dengan aktiviti RV, denganmenawarkan laluan indah pesisir pantai ke Taman Negara, merentasiKelantan, Terengganu dan Pahang.

Related Articles

Transaksi e-pembayaran cecah RM698.1 bilion tahun lalu
Ekonomi

Transaksi e-pembayaran cecah RM698.1 bilion tahun lalu

TRANSAKSI e-pembayaran meningkat tahun lalu. – GAMBAR HIASANKUALA LUMPUR: Nilai transaksi e-pembayaran...

Pelancong tempatan belanja RM107.2 bilion tahun lalu
Ekonomi

Pelancong tempatan belanja RM107.2 bilion tahun lalu

Jalan Armenian, Georgetown antara yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa. –...

BNM isytihar dividen RM5.25 bilion kepada kerajaan
Ekonomi

BNM isytihar dividen RM5.25 bilion kepada kerajaan

Abdul Rasheed Ghaffour (tengah) bersama Timbalan Gabenor Bank Negara, Jessica Chew Cheng...

Ekonomi

Kerajaan rangka strategi nasional, NGCC perkukuh ekonomi

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul AzizKUALA LUMPUR,...