Home Ekonomi E-invois: Kelonggaran enam bulan pastikan syarikat lebih bersedia
Ekonomi

E-invois: Kelonggaran enam bulan pastikan syarikat lebih bersedia

E-invois: Kelonggaran enam bulan pastikan syarikat lebih bersedia

Ketua Pegawai Kewangan Velesto Energy Sazlyna Sapiee (kiri), Ketua Cukai KPMG Tax Services Sdn Bhd Soh Lian Seng

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin ketika sidang media khas berkenaan pelaksanaan e-invois, di Menara Hasil, hari ini.

CYBERJAYA, 26 Julai (Livevartha) — Kelonggaran pelaksanaan e-Invois selama enam bulan yang diumumkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada Jumaat, melegakan kalangan pembayar cukai terbabit keranadapatmemastikan syarikat lebih bersedia daripada pelbagai aspek.

Ketua Cukai KPMG Tax Services Sdn Bhd Soh Lian Seng berkata kelonggaran itumerupakan inisiatif yang baik selain membuktikan keprihatinan kerajaan dalam mendengar input atau suara golongan terbabit.

“Ini inisiatif yang baik…kelonggaran ini memberikan mereka (pembayar cukai) masa untuk melaksanakan e-Invois dengan lebih lengkap.

“Bagi saya, ini membuktikankerajaan menerima dan dengar apa disuarakan (mereka terbabit) mengenai pelaksanaane-Invois,” katanya kepada mediadi sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan Velesto Energy Sazlyna Sapiee berkata pelaksanaan e-Invois yang bertujuan memberi ketelusan, memerlukan persiapan secara teliti.

Berikutan itu, katanya,kelonggaran yang diumumkan LHDN akan membolehkan syarikat terbabit membuat persiapan atau lebih bersedia.

“Ada syarikat yang memerlukan masa (bagi melaksanakannya). Berita kelonggaran ini menjadi bukti bahawa LHDN mendengar cabaran yang dihadapi oleh syarikat,” katanya.

Terdahulu, ketika mengumumkannya Ketua Pegawai EksekutifLHDN Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata kerajaan bersetuju memberikan kelonggaran kepada pembayar cukai dalam tempoh enam bulan dari tarikh pelaksanaan mandatori e-Invois bermula 1 Ogos ini.

Dalam tempoh enam bulan tersebut, tiada tindakan pendakwaan di bawah seksyen 120 Akta Cukai Pendapatan 1967 terhadap ketidakpatuhan peraturan e-Invois dengan syarat pembayar cukai mematuhi keperluan e-Invois yang disatukan.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....