Home Ekonomi Duta EU Yakin Langkah Mula Semula Rundingan FTA Malaysia-EU Akan Dilaksana
Ekonomi

Duta EU Yakin Langkah Mula Semula Rundingan FTA Malaysia-EU Akan Dilaksana

Duta EU Yakin Langkah Mula Semula Rundingan FTA Malaysia-EU Akan Dilaksana

Duta Besar ke Malaysia Michalis Rokas

Oleh Mikhail Raj Abdullah dan Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Livevartha) — Duta Besar Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia Michalis Rokas yakin bahawa keputusan untuk menghidupkan semula rundingan berkaitan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-EU (MEUFTA) yang tertangguh akan dilaksanakan.

“Selepas memulakan penilaian semula tahun lepas, keputusan untuk menyambung kembali rundingan berkaitan MEUFTA mungkin mengambil masa, dengan tempoh maksimum beberapa bulan,” katanya yang akan menggalas tugas baharu di Macedonia Utara pada 1 Sept 2024, selepas empat tahun berkhidmat di Malaysia.

Rundingan mengenai FTA dimulakan pada Oktober 2010 yang melibatkan lapan pusingan rundingan sehingga September 2012, namun ditangguhkan berikutan keraguanMalaysia dalam beberapaaspek seperti minyak sawit, dasar perolehan, subsidi dan klausa kemampanan EU.

Menurut Rokas, hubungan perdagangan antara EU dan Malaysia adalah penting manakala 27 negara anggota EU pada masa ini merupakan sumber utama pelaburan langsung asing "walaupun tidak mempunyai FTA."

"Faktor ini, di samping pengeluar serta sektor perniagaan Eropah dan Malaysia yang inginkan perjanjian, menjadikannya sebab kukuh untuk memulakan semula rundingan MEUFTA yang terbantut," katanya kepada Livevartha di sini baru-baru ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggiatkan semula rundingan MEUFTA yang tertangguh selepas mengetuai misi perdagangan dan pelaburan yang membuahkan hasil ke Jerman pada Mac lepas, menyatakan Malaysia bersetuju menghidupkan semula rundingan mengenai pakatan perdagangan bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan integrasi serantau.

RUNDINGAN SEMULA TERIMA SOKONGAN MELUAS

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...