Home Ekonomi Dua Syarikat Tempatan Siapkan Kapal Peronda Tentera Laut Nigeria
Ekonomi

Dua Syarikat Tempatan Siapkan Kapal Peronda Tentera Laut Nigeria

Dua Syarikat Tempatan Siapkan Kapal Peronda Tentera Laut Nigeria

Syarikat pembinaan kapal tempatan KN Aluminium & Engineering Sdn Bhd (KNAE) dan Northern Syipyard Sdn Bhd (Northern Syipyard) berjaya menyiapkan dua buah kapal peronda Tentera Laut Nigeria, menggunakan tenaga kerja dan kepakaran tempatan dalam tempoh 24 bulan dari tarikh tempahan.

Kapal 38M Sea Eagle berkelajuan 29 knot itu merupakan aset pertahanan negara tersebut bagi tujuan meronda, mengiring, kawalan sempadan serta kegunaan misi mencari dan menyelamat (SAR).

–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

LANGKAWI, 13 Ogos (Livevartha) –Syarikat pembinaan kapal tempatan KN Aluminium & Engineering Sdn Bhd (KNAE) dan Northern Shipyard Sdn Bhd (Northern Shipyard) berjaya menyiapkan dua buah kapal peronda Tentera Laut Nigeriamenggunakan tenaga kerja dan kepakaran tempatan dalam tempoh 24 bulan daritarikh tempahan.

Kapal 38M Sea Eagle berkelajuan 29 knot itu merupakan aset pertahanan negara tersebut bagi tujuan meronda, mengiring, kawalan sempadan serta kegunaan misi mencari dan menyelamat (SAR).

Pengarah KNAE Khee Chee Kheong berkata reka bentuk, pembuatan dan integrasi kapal menggunakan sistem terkini dan canggih yang merupakan dedikasi syarikat untuk memenuhi keperluan industri maritim yang sentiasa berkembang.

“Kami menggunakan 99 peratus tenaga kerja dan kepakaran tempatan untuk membina dua kapal ini, ia satu penghormatan besar bagi kami. Amat luar biasa bagi syarikat untuk menyempurnakan dan menyerahkan projek ini.

“Dengan kemampuan kami membina dua kapal peronda ini kami berharap kerajaan Malaysia juga dapat memberi peluang kepada kami untuk membina kapal-kapal bagi kegunaan maritim Malaysia,” katanya pada sidang media selepas majlis penyempurnaan kapal itu di sini hari ini.

Majlis tersebutdisempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.

Khee berkata pihaknya juga bercadang menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) yang dijadualkan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei tahun depan sebagai platform untuk mengetengahkan lagi kepakaran dalam pembinaan kapal yang dimiliki syarikat tersebut.

Sementara itu, Pengurus Perhubungan Korporat Northern ShipyardKapten Dr Baharin Baharom berkata kejayaan membina kedua-dua kapal tersebut adalah kesinambungan kepada penghantaran empat buah bot peronda The Great Manta kepada Tentera Laut Nigeria yang disiapkan pada Disember 2020.

“Sebelum ini empat buah bot peronda yang telah dihantar kepada Tentera Laut Nigeria mendapat maklum balas baik daripada mereka dari segi kualiti dan hasil kerjakita,” katanya.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...