Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
GEORGE TOWN, 3 Ogos (Livevartha) — Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah membanci sebanyak 40 peratus daripada 18,122 pertubuhan dan pengusaha yang terlibat dalam sektor pertanian meliputi aktiviti tanaman, ternakan, perikanan, akuakultur danperhutanan sertapembalakan di Pulau Pinang.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin yang juga Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024 berkata ia melibatkan kira-kira 8,000 pembancian yang ditelah dijalankan di negeri itusejak Julai lepas hingga hari ini.
"Hari ini hari ke-28 pelaksanaan Banci Pertanian 2024 dan di seluruh negara telah capai 31 peratus.Pulau Pinang merupakan negeri tertinggi iaitu 40 peratus pembancian dilaksanakan, kita jangka negeri ini akan selesai lebih awal berbanding sasaran baiseluruh negara Oktober nanti.
"Dari segi tanah pertanian di Pulau Pinang, terdapat 36,040 hektar dan sumbangan sektor itu pada tahun lepas tak sampai tiga peratusnamun membabitkan jumlah RM2.2 bilion, malahdi negeri ini aktivitiantara yang terbesar adalah ikan hiasan berbanding negeri lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program turun padang bagi operasi kerja luar Banci Pertanian 2024 di sangkar ikan laut di perairan Pulau Pinang di sini hari ini.
Sebelum ini DOSM melaporkan dianggarkan terdapat lebih 1.3 juta isi rumah atau individu terlibat dalam pertanian selainhampir 20,000 pertubuhan berdaftar, institusi, koperasi dan persatuan turut terlibat dalam sektor itu, justerupelaksanaan bancian tersebut amat pentingbagimengumpul data berkaitan pertanian termasuk permasalahan yang dihadapi.
Mohd Uzir berkata DOSM telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sertaKementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
BeliauBanci Pertanian 2024 merupakan usaha kerajaan dalam menilai prestasi industri pertanian di Malaysia dan ia menyediakan data asas profil pegangan pertanian seperti maklumat demografi, hasil pertanian, kos input, saiz ladang, penggunaan dan pemilikan tanah, mekanisasi serta penggunaan teknologi.
"Berdasarkan dapatan awalan di kebanyakan tempat kita pergiseluruh negara, jumlah belia terlibat dalam bidang pertanian agak terserlah tetapi dari segi peratusan masihkurang dan perlu ditingkatkan selain bancian juga mendapati rata-rata pengusaha terutama yang berumur membayangkan sektor pertanian perlu tarik ramai beliauntuk meneruskannya.