Home Ekonomi Dividen ASB 2024, bukti ekonomi mengukuh – Penganalisis
Ekonomi

Dividen ASB 2024, bukti ekonomi mengukuh – Penganalisis

Foto Kecil: Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad

KUALA LUMPUR, 25 Disember– Agihan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.75 sen seunit bagi 2024, mencerminkan pengukuhan ekonomi negara yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad, peningkatan hampir 9.5 peratus itu didorong faktor dalaman dan luaran ekonomi semasa.

Antaranya, prestasi memberangsangkan pasaran ekuiti Malaysia yang merekodkan peningkatan indeks hampir 11 peratus.

\”Faktor dalaman kedua yang boleh kita lihat dalam aspek ini adalah dimana kemampuan dan kebolehan Kerajaan Madani dalam membawa masuk pelaburan asing dan juga pelaburan dalam negara yang merekodkan jumlah RM254 bilion bagi tempoh tahun 2024.

Yang paling menarik bagi tahun ini adalah kemampuan dan kebolehan pelaburan dalam negara mengatasi pelaburan asing,\” kata Dr. Bashir kepada pemberita RTM secara eksklusif dalam temu bual maya, hari ini.

Ini jelas menunjukkan kemampuan struktur asas ekonomi domestik negara yang berkembang pesat dan stabil.

Selain itu, dasar monetari dan fiskal yang konsisten bagi tempoh dua tahun seperti pengekalan Kadar Dasar Semalaman selama 18 bulan berturut-turut, menambahkan keyakinan para pelabur untuk terus melabur ke dalam negara.

Pengukuhan ringgit juga memberi kelebihan kepada syarikat tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan melabur di luar negara, seterusnya mendorong perolehan dividen lebih baik dan menyumbang kepada kenaikan dividen ASB.

Related Articles

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif
Ekonomi

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji dijangka mampu mengumumkan kadar dividen yang kompetitif...

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan
Ekonomi

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan

PROSPEK sektor hartanah terus disokong oleh statistik yang lebih baik termasuk jumlah...

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital
Ekonomi

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital

PETALING JAYA: AEON Bank (M) Berhad (AEON Bank) mengumumkan pelancaran Pembiayaan Peribadi-i...

Ekonomi

Ketakutan ketinggalan punca belia berbelanja berlebihan

Sikap ingin memiliki sesuatu dengan segera dan takut ketinggalan menjadi faktor utama...