Home Ekonomi Deemples Sasar Pengembangan Global, Lonjak Perlancongan Golf Di Malaysia
Ekonomi

Deemples Sasar Pengembangan Global, Lonjak Perlancongan Golf Di Malaysia

Deemples Sasar Pengembangan Global, Lonjak Perlancongan Golf Di Malaysia

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Deemples Technologies David Wong (Kredit: Deemples)

Kredit: Deemples

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Livevartha) –Platform golf Malaysia, Deemples Technologies Sdn Bhd, menyasar untuk mengembangkan senarai padang golfnya di peringkat global di samping menggiatkan pemasaran bagi menarik lebih ramai pemain golf menggunakan platform itu.

Menurut Deemples langkah tersebutsekali gus akan meningkatkan pelancongan golf di Malaysia.

Deemples, platform yang direka untuk menghubungkan pemain golf di seluruh dunia, satu bandar pada satu masa, kini mempunyai operasi kukuh melibatkan Malaysia dan Batam, Indonesia.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif David Wong berkata pihaknya bekerjasama dengan agensi pelancongan merentas pelbagai pasaran untuk menjadikan golf sebagai aktiviti utama di Malaysia.

“Satu sebab mudah untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi golf ialah kos untuk bermain golf di sini yang rendah serta kadar pertukaran mata wang asing yang menggalakkan untuk Ringgit Malaysia.

“Kami telah memudahkan untuk ramai pemain golf dari Australia, China, Korea Selatan, Jepun dan India, justeru, kami akan terus berbuat demikian untuk memberikan pengalaman bermain golf yang menarik di negara kita,” katanya kepada Livevartha dalam satu temu bual.

Wong berkata lebih 80 padang golf, akademi golf dan pusat golf dalaman menganjurkan kejohanan dan sesi golf dengan menggunakan platform Deemples, membolehkan pemain golf lain menyertainya.

Selain itu, ramai hos individu mengatur permainan mereka di pelbagai kemudahan golf dan langkah itu membolehkan pemain golf lain mengambil bahagian, katanya.

Related Articles

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah
Ekonomi

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah

KETUA Pegawai Eksekutif MBSB Group, Rafe Haneef (kiri) bertukar dokumen dengan Dennis...

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi
Ekonomi

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi

SAFWAN Ismail (tujuh kiri) dan Muhamad Zamry Abu Samah (lapan kiri) pada...

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata
Ekonomi

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata

BURSA Malaysia.PETALING JAYA: Rakuten Trade Sdn. Bhd. menyemak turun unjuran FTSE Bursa...

SST beri kesan minimum kepada sektor automotif
Ekonomi

SST beri kesan minimum kepada sektor automotif

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan bermula...