Home Ekonomi Daya tahan pertumbuhan ekonomi perkukuh kedudukan negara
Ekonomi

Daya tahan pertumbuhan ekonomi perkukuh kedudukan negara

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 27 April- Tumpuan membina daya tahan dalam pertumbuhan ekonomi negara dilihat mampu memperkukuhkan kedudukan Malaysia dalam perdagangan antarabangsa.

Ini terutamanya dalam menarik lebih banyak pelaburan langsung asing serta memacu inovasi dan produktiviti domestik.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB, Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan, berkata pengukuhan daya tahan ekonomi penting bagi memastikan pertumbuhan yang mampan.

\”Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah kesan akhir daripada tindakan atau langkah-langkah yang dilaksanakan untuk memacu pertumbuhan ekonomi.

\”Causal relationship, di mana apa yang dilakukan akan menyebabkan kesan terhadap angka KDNK.

\”Jadi, apa yang kita boleh tumpukan adalah aspek seperti kemampanan, pembangunan modal insan, inovasi teknologi, dan menjadikan IKS (Industri Kecil dan Sederhana) lebih kompetitif,\” katanya.

Tambah beliau, fokus kepada aspek berkenaan dapat menyokong pertumbuhan KDNK dalam masa jangka panjang.

Sebelum ini, Menteri Kewangan ll, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menegaskan keperluan membina daya tahan ekonomi negara, dan tidak hanya memfokuskan kepada angka pertumbuhan.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...