Home Ekonomi Datasonic Mahu Sedia Lebih Banyak Laluan Autogate Di Pusat Pemeriksaan Malaysia
Ekonomi

Datasonic Mahu Sedia Lebih Banyak Laluan Autogate Di Pusat Pemeriksaan Malaysia

Datasonic Mahu Sedia Lebih Banyak Laluan Autogate Di Pusat Pemeriksaan Malaysia

Oleh Anasathia Jenis

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Livevartha) — Datasonic Technologies Sdn Bhd berhasrat menyediakan lebih banyak laluan pagar automatik atau “autogate” di pelbagai pusat pemeriksaan di negara ini.

Pengarah Urusannya Datuk Ab Hamid Mohamad Hanipah berkata, syarikat itu, iaitu anak syarikat milik penuh Datasonic Group Bhd telah menyediakan penyelesaian autogate di seluruh negara sejak 2017.

“Hari ini, kami berbangga menguruskan lebih 150 autogate di seluruh pusat pemeriksaan di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya dalam temu bual dengan Livevartha hari ini.

Beliau berkata penyelesaian berkenaan digunakan di pelbagai pusat pemeriksaan, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan 2, Bangunan Sultan Iskandar dan Desaru, Johor, serta Batam, Indonesia.

Ab Hamid berkata Datasonic telah menambah baik ciri autogate itu secaraberterusan, termasuk pengenalan teknologi baharu seperti pengecaman muka dan pintu dua arah.

“Pintu dua arah ini telah ditempatkan di Desaru,” kata beliau.

Beliau berkata Datasonic turut melaksanakan peranan penting dalam menyesuaikan sistem bahagian belakang autogate sebagai antara inisiatif Malaysia untuk menyediakan kemudahan itu kepada 36 negara tambahan mulai 1 Jun tahun ini.

Ini sekali gus meningkatkan jumlahnya kepada 63 negara termasuk semua negara Kesatuan Eropah, Bahrain, Qatar, Oman, Jordan, China, Kanada, Hong Kong dan Taiwan.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...