Home Ekonomi Dasar Perkapalan Baharu Malaysia Harus Kurangkan Kebergantungan Kepada Kapal Asing
Ekonomi

Dasar Perkapalan Baharu Malaysia Harus Kurangkan Kebergantungan Kepada Kapal Asing

Dasar Perkapalan Baharu Malaysia Harus Kurangkan Kebergantungan Kepada Kapal Asing

Pelabuhan Labuan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Livevartha) — Dasar perkapalan negarabaharu bukan sahaja harusmenggalakkan pembangunan armada (kapal) domestik untuk mengurangkan kebergantungan kepada kapal asing tetapi juga menyediakan lebih banyak pembiayaan untuk memodenkan dan mempercepatkan peralihan kepada perkapalan hijau (mesra alam sekitar).

Pemain industri berkata dasar itu harus menyediakan syarikat kapalMalaysiauntuk mengemudidinamik peralihan perdagangan globaldanpersekitaran yang tidak menentu disebabkan oleh keadaan tidak diduga seperti konflik serantau.

Mereka juga berharap dasar baharu itu dijangka dibentangkan kepada kabinet menjelang akhir tahun akan memberi tumpuan kepada peningkatan kapal Malaysia dan tidak bergantungkepada kapal asing.

Pada 4 Julai lepas, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan bahawa dasar perkapalan negara akan diperkenalkan untuk membimbing sektor perkapalan tempatan dalam eksport dan import serta mewujudkan peluang pekerjaan baharu.

Iaadalah pengumuman yang tepat pada masanya, kerana Pelan Induk Perkapalan Malaysia (MSMP) 2017-2022 telah dilancarkan lima tahun lalu dan dijangka untuk semakan kerana pihak industri masih kurang belum memenuhisasarannya.

Kedudukan Maritim Strategik Terkesan berikutanKebergantungan kepada Kapal Asing

Memandangkan lokasinya yang strategik di Selat Melaka yang sibuk dan sebahagian daripada laluan di Laut China Selatan, Malaysia telah lama bercita-cita untuk menjadi hab maritim utama di Asia Tenggara.

Related Articles

Pertumbuhan pinjaman, deposit bank dijangka perlahan pada suku ketiga
Ekonomi

Pertumbuhan pinjaman, deposit bank dijangka perlahan pada suku ketiga

PETALING JAYA: Pertumbuhan pinjaman dan deposit bank-bank Malaysia dijangka perlahan apabila mereka...

Ekonomi

Niaga hadapan emas melemah berikutan pengambilan untung

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 1 November- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Ekonomi

Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 1 November- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS...

Ekonomi

Niaga hadapan FBM KLCI diniagakan tinggi pada tengah hari

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 1 Nov- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...