Home Ekonomi Dasar Perbaiki Kedudukan Fiskal, Kerangka Ekonomi Madani Beri Keyakinan Kepada Pelabur – Amir Hamzah
Ekonomi

Dasar Perbaiki Kedudukan Fiskal, Kerangka Ekonomi Madani Beri Keyakinan Kepada Pelabur – Amir Hamzah

Dasar Perbaiki Kedudukan Fiskal, Kerangka Ekonomi Madani Beri Keyakinan Kepada Pelabur – Amir Hamzah

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Oleh Mohd Khairi Idham Amran

JOHOR BAHRU, 17 Ogos (Livevartha) — Dasar memperbaiki kedudukan fiskal negara dan kerangka Ekonomi MADANI telah memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk terus melabur di Malaysia, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata ini dapat dilihat daripada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berkembang 5.9 peratus bagi suku kedua tahun ini berbanding unjuran awal sebanyak 5.8 peratus.

“Apabila kita ada kerangka Ekonomi MADANI yang jelas dan semua orang boleh lihat apakah hala tuju ekonomi negara, pelabur pun nampak apa yang mereka mahu jika masuk keMalaysia.

“Kita menerima banyak pelaburan asing yang masuk ke Malaysia dan ini mula merancakkan ekonomi negara,” katanya kepada Livevartha hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini.

Program MADANI Rakyat Zon Selatan telah diadakan di Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudaiselama tiga hari bermula Khamis lepas.

Ia menjadi ruang bagi kerajaan memaklumkan dan menguar-uarkan pencapaian serta manfaat Ekonomi MADANI kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif dan komitmen berterusan dalam memperkasakan rakyat, usahawan dan industri.

Mengenai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), Amir Hamzah berkata pelarasan gaji yang diumumkan semalam diharap dapat mendorong kakitangan awam untuk memperbaiki mutu dan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan sektor awam.

Related Articles

Ekonomi

Pengeluaran MSM diunjur meningkat 19.5 juta tan- MPOB

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 8 Februari-Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) diunjur meningkat 19.5...

Ekonomi

Pasaran getah dijangka kekal lengang minggu depan

Foto FailKUALA LUMPUR, 8 Februari– Pasaran getah Malaysia dijangka kekal lengang minggu...

Ekonomi

Niaga hadapan KLIBOR kekal lengang minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 8 Februari- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank...

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka didagangkan lebih tinggi minggu depan

Foto FailKUALA LUMPUR, 8 Februari– Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif...