Home Ekonomi Dasar Padu Kerajaan Tingkat Keyakinan Pelabur – Tengku Zafrul
Ekonomi

Dasar Padu Kerajaan Tingkat Keyakinan Pelabur – Tengku Zafrul

Dasar Padu Kerajaan Tingkat Keyakinan Pelabur – Tengku Zafrul

Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

CYBERJAYA, 6 Ogos(Livevartha) — Pengukuhan ringgit mencerminkan asas ekonomi dan dasar negara yang padu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata walaupun terdapat keputusan yang sukar dalampelaksanaan dasar tetapi ia telah menghasilkan keyakinan dalam kalangan pelabur asing dan juga tempatan.

“Melihat kepada pasaran modal dan pasaran saham, ia menunjukkan pelabur yakin dengan prospek Malaysia, di samping pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada suku pertama dan anggaran suku kedua lebih tinggi pada kira-kira 5.8 peratus. Semua ini adalah asas kepada pengukuhan ringgit,” katanya semasa ditanya mengenai prestasi ringgit.

Beliau berkata demikiankepada pemberita selepas majlis pecah tanah kampus kedua Vantage Data Centers,di sini, hari ini.

Pada 8 pagi hari ini, ringgit diniagakan tinggi sedikit kepada 4.4200/4300 berbanding dolar AS, daripada paras penutup 4.4240/4305 padaIsnin.

Menurut pakar ekonomi,ringgit mencatatkan kenaikanamat memberangsangkan tahun ini, meningkat 4.1 peratus berbanding dolar AS.

Tengku Zafrul berkata dengan usaha gigihkerajaan beliauoptimis negara dapatmencapai sasaran pertumbuhan KDNK empat hingga lima peratus padatahun ini.

“Kita menyaksikan peningkatan perdagangan sebanyak 8.4 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, dengan pelaburan meningkat sebanyak 13 peratus.

“Jika kita dapat mengekalkan (trend ini), kita sepatutnya dapat memenuhi sasaran pertumbuhan KDNK sebanyak empat hingga lima peratus tahun ini," katanya.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....