Home Ekonomi Dasar Ekonomi Bertanggungjawab Pacu Kekuatan Ringgit – PM Anwar
Ekonomi

Dasar Ekonomi Bertanggungjawab Pacu Kekuatan Ringgit – PM Anwar

Dasar Ekonomi Bertanggungjawab Pacu Kekuatan Ringgit – PM Anwar

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Warga Kerja Kementerian Kewangan hari ini.

PUTRAJAYA, 6 Ogos (Livevartha) –Kekuatan ekonomi domestik serta langkah-langkah yang diambil Kementerian Kewangan, jabatan dan agensi di bawahnya memainkan peranan penting dalam usaha mengukuhkan kekuatan ringgit, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata.

Beliau berkata kedudukan domestik dan kekuatan ringgit pada masa ini sangat memberansangkan walaupun keadaan geopolitik di peringkat global amat membimbangkan.

“Kalau kita lihat angka-angka, prestasi (pergerakan) ringgit hari ini terbaik ketimbang 14 tahun lepas, iasangat membanggakan,”katanyaketika berucap pada majlisperhimpunan bulanan Kementerian Kewangan (MoF) di sini hari ini.

Pada 2 Ogos, ringgit berada pada 4.49 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada penutupan.

Ia meningkat 1.6 peratus berbanding dolar ASselepasmencatatkan kenaikanselama10 hari berturut-turut, prestasiterbaik dicatatkan sejak 2010.

Ringgit dibuka tinggiberbanding dolar AS hari ini disebabkanprospek penurunan kadar faedah AS semakin ketara.

Pada 8 pagi, ringgit naik kepada4.4200/4300 berbanding dolar ASdaripada4.4240/4305 pada Isnin.

Anwar juga Menteri Kewangan berkata keputusan kerajaanmelaksanakan penyasaran subsidi diesel yang disifatkan sebagai langkah tidak popular turutmembantu meningkatkan keyakinan pelabur untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pilihan mereka.

“Maknanya…kalau nak melabur, Saudara tahu dasar itu bertanggungjawab, maknanya tidak ada ketirisan dan bila adaAkta Tanggungjawab Fiskal, penyasaran subsidiayam dan tarif elektrik menyebabkan orang ramai tahu bahawa ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab, bersedia mengambil tindakan tidak popular untuk menyelamatkan ekonomi negara,” katanya.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...