Sunday , 22 December 2024
Home Ekonomi Cyberview meterai tiga MoU jadikan Cyberjaya hab teknologi antarabangsa
Ekonomi

Cyberview meterai tiga MoU jadikan Cyberjaya hab teknologi antarabangsa

Cyberview meterai tiga MoU jadikan Cyberjaya hab teknologi antarabangsa

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (tiga, kiri), menyaksikan pertukaran kerjasama antara Cyberview Sdn Bhd, yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamarul Ariffin Abdul Samad (kiri), dengan Equinix Malaysia, diwakili oleh Pengurus Besarnya, Cheam Tat Inn (tiga, kanan), sempena Selangor International Business Summit (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Turut kelihatan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor Ng Sze Han (dua, kanan).

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Livevartha) — Cyberview Sdn Bhd (Cyberview) menandatangani tiga memorandum persefahaman (MoU) dengan tiga syarikat untuk menjadikan Cyberjaya sebagai hab teknologi antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Cyberview Kamarul Ariffin Abdul Samad berkata tiga syarikat itu ialah Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB), Perbadanan Ekonomi Digital dan Teknologi Maklumat Selangor (SIDEC) serta syarikat infrastruktur digital, Equinix Malaysia.

Beliau berkata menerusi MoU bersama SIDEC, pihaknya ingin memajukan sektor semikonduktor dengan mewujudkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta tempat latihan untuk lepasan pengajian tinggi dan jurutera dalam bidang itu.

“Kita ingin menjadikan Cyberjaya sebagai hab reka bentuk litar bersepadu (IC) untuk industri semikonduktor. Kita juga mahu lepasan pengajian tinggi atau jurutera Malaysia meningkatkan tahap mereka untuk menjadi pereka bentuk IC, mikrocip dan sebagainya,” katanya kepada Livevartha di Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata kerjasama dengan Equinix pula akan melonjakkan lagi Cyberjaya sebagai destinasi pelaburan dalam bidang teknologi di Malaysia dengan nilai pelaburan RM23 juta.

“Digital ekonomi memerlukan infrastruktur digital seperti pusat data. Kerjasama ini juga selari dengan hasrat kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan untuk menjadikan negara sebagai hab teknologi antarabangsa,” katanya.

Kamarul Ariffin berkata peluang pekerjaan dengan pendapatan tinggi dapat ditingkatkan khususnya di kawasan Cyberjaya menerusi kerjasama dengan tiga syarikat itu.

Hasrat Cyberview adalah untuk mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi selain menjadikan Cyberjaya sebagai kawasan yang menawarkan kelebihan itu berbanding kawasan lain di Malaysia, katanya.

“Perkara ini juga secara tidak langsung akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi digital dan Ekonomi MADANI,” katanya.

Related Articles

Ekonomi

Pasaran MSM dijangka alami sentimen tidak menentu minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 21 Disember- Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengalami...

GDA kekal mahu ambil alih MAHB pada harga RM11 sesaham
Ekonomi

GDA kekal mahu ambil alih MAHB pada harga RM11 sesaham

PETALING JAYA: Gateway Development Alliance Sdn. Bhd. (GDA), konsortium yang bercadang menswastakan...

Dividen ASB 2024 dijangka setanding tahun lalu
Ekonomi

Dividen ASB 2024 dijangka setanding tahun lalu

PETALING JAYA: Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir...

Ekonomi

Niaga hadapan MSM susut hari kelima berturut-turut, eksport lemah

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 20 Disember– Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...