Home Ekonomi CIMB Investment Jangka Ringgit Cecah Di Bawah 4.30 Berbanding Dolar AS
Ekonomi

CIMB Investment Jangka Ringgit Cecah Di Bawah 4.30 Berbanding Dolar AS

CIMB Investment Jangka Ringgit Cecah Di Bawah 4.30 Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Livevartha) — Ringgit mungkin mencecah di bawah sasaran nilai saksama pada 4.30 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dipacu oleh peningkatan semula eksport dan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia, menurut CIMB Investment Bank Bhd.

Menerusi nota penyelidikan pada Isnin, bank pelaburan itu mengekalkan pilihan utamanya bagi pasaran pesat membangun (ringgit) dan pasaran maju (yen Jepun) berdasarkan jangkaan pengurangan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed) yang lebih awalpada 2024 hingga 2025.

“Ringgit dan yen telah meningkat ketara berbanding dolar AS, seperti yang dijangkakan apabila kami menaikkan kedua-duanya sebagai pilihan pertukaran asing (FX) utama. Ada potensi untuk pengukuhannya lagi dalam jangka masa terdekat,” tambah bank pelaburan itu.

CIMB Investment menjelaskan gabungan pengurangan kadar faedah AS, eksport positif dan prospek FDI, penjualan pegangan dolar AS jangka masa panjang serta pendedahan bon/ekuiti bukan pemastautin yang normal menyokong pandangan bahawa dolar AS berpotensi melebihi nilai saksamanya pada 4.30 berbanding ringgit.

“Kami berubah positif terhadap ringgit pada Mac dan percaya kenaikan boleh berterusan dalam tempoh terdekat apabila aliran masuk pertukaran mata wang asing bersih meningkat,” tambahnya.

Menurut CIMB Investment, peningkatan semula eksport produk elektrik dan elektronik (E&E) dan lebihan perdagangan boleh menambah hasil mata wang asing bersih (FCY) US$2 bilion sebulan sehingga akhir 2024.

“Menyederhanakan pilihan USD/FCY, susulanpenyempitan perbezaan hasil AS-Malaysia dan galakan diselaraskan bagi aliran dua hala yang fleksibel untuk pengeksport dan pelabur pemastautin, seharusnya mendorong kepada kenaikan ringgit,” menurutnya.

Pada 5 petang, ringgit diniagakan tinggi pada 4.4250/4.4280 berbanding dolar AS daripada 4.4945/4995 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

— Livevartha

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...