Home Ekonomi China Bantu Redakan Kesan Kemelesetan As Terhadap Ekonomi Malaysia
Ekonomi

China Bantu Redakan Kesan Kemelesetan As Terhadap Ekonomi Malaysia

China Bantu Redakan Kesan Kemelesetan As Terhadap Ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Ogos–Hubungan ekonomi yang kukuh antara Malaysia dan China dijangka membantu negara menghadapi dan mengatasi kesan buruk daripada kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat (AS), kata Capital Dynamics Asset Management Sdn Bhd.

Pengarah UrusannyaTan Teng Booberkata China bersedia memperkenalkan dasar-dasar agresif untuk mengukuhkan ekonominya berikutan perkembangan terkini di negara itu dan di AS, yang akan membantu mengurangkan kesan daripada kemungkinan kemelesetan ekonomi global.

Sehubungan itu, beliau percaya ekonomi Malaysia akan tetap berkembang lebih baik berbanding negara-negara lain kerana hubungannya yang kukuh dengan China.

Tan juga berkata FBM KLCI Bursa Malaysia akan mampu berada pada paras 1,600 dan ringgit antara 4.40 hingga 4.50 pada akhir tahunmemandangkan risiko kemelesetan ekonomi AS dijangka mendorong perubahan dalam dasar monetari ekonomi terbesar dunia itu.

"China sentiasa menjadi negara yang penting kepada dunia dan Malaysia, bukan sahaja untuk perniagaan dan pelaburan tetapi juga untuk ekonomi dan dasar-dasar luar negaranya," katanya kepada pemberita dalam sidang media hari ini.

Beliau menggambarkan kemelesetan ekonomi AS sebagai satupotensi yang luar biasa dan sangat berbeza daripada krisis-krisis sebelum ini, dengan kerajaan AS mempunyai ruang dasar yang terhaddan mungkin mengurangkan kadar faedahnya dengan ketara bermula tahun ini.

"Saya tidak akan terkejut jika AS sekali lagi mengurangkan kadar faedah kepada hampir sifar," kata beliau.

Tan berkata dengan defisit belanjawan 2024 AS yang dianggarkan pada 7.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), negara itu mempunyai pendekatan yang terhad untuk melancarkan rangsangan fiskal bagi meningkatkan ekonominya.

Beliau berkataBank Negara Malaysia (BNM) mungkin mengekalkan kadar dasar semalaman semasa pada 3.00 peratus untuk memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif bagi pertumbuhan ekonomi mampan, di tengah-tengah perbezaan kadar yang terhadsekiranya AS mula mengurangkan kadar faedah pada tahun ini.

Related Articles

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022
Ekonomi

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022

PETALING JAYA: Purata gaji dan upah bulanan pekerja pada 2022 adalah sebanyak...

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau
Ekonomi

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau

MOHD. Muazzam Mohamed (tiga dari kanan) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk...

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam
Ekonomi

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam

PROJEK LRT Pulau Pinang adalah projek infrastruktur terbesar yang dilaksanakan pentadbiran Kerajaan...

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E
Ekonomi

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E

PETALING JAYA: Rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bukan sekadar...