Home Ekonomi Caruman mandatori KWSP pekerja asing ‘jerat’ PMKS
Ekonomi

Caruman mandatori KWSP pekerja asing ‘jerat’ PMKS

Caruman mandatori KWSP pekerja asing ‘jerat’ PMKS

MANDATORI caruman KWSP kepada para pekerja asing akan membebankan PMKS. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) menyifatkan caruman mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ke atas pekerja asing seperti penalti berganda kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Presidennya, William Ng berkata, selain dipaksa membayar caruman KWSP untuk tenaga kerja bukan warganegara, PMKS juga perlu membayar gaji minimum RM 1,700.

“Ini akan membebankan perniagaan, terutamanya PMKS yang sememangnya memiliki margin keuntungan yang tipis.

“Caruman 13 peratus ke atas RM 1,700 untuk 2.3 juta kepada tenaga kerja bukan warganegara bermaksud peniaga tempatan akan membayar RM6 billion setahun, jumlah yang sangat besar dan akan menyebabkan peraliran wang ke luar negara.

“Kita perlu faham bahawa pekerja tersebut turut diwajibkan untuk membayar caruman 11 peratus,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelas William, ramai antara pekerja asing itu mungkin berada di Malaysia kurang dua tahun dan besar kemungkinan tidak dapat mengeluarkan wang caruman tersebut.

“Ini dilihat sebagai satu tindakan yang tidak adil kepada pekerja tersebut dan pada masa yang sama memberikan bebanan yang tidak perlu kepada PMKS,” katanya.

Dalam Belanjawan 2025, rancangan mewajibkan pekerja bukan warganegara Malaysia mencarum kepada KWSP diumumkan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cadangan itu akan dilaksanakan secara berperingkat.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, perlindungan wajib bagi pekerja bukan warganegara Malaysia adalah selaras dengan usaha dana untuk memastikan semua pekerja mendapat akses kepada perlindungan sosial.

Beliau berkata, inisiatif itu akan memberikan keadilan yang lebih besar dalam pasaran buruh dengan memastikan perlindungan sosial untuk semua pekerja, tanpa mengira kewarganegaraan, selaras dengan piawaian antarabangsa.

“Pada masa ini, pekerja bukan warganegara Malaysia boleh memilih untuk mencarum kepada KWSP secara sukarela. Polisi baharu itu dijangka memanfaatkan lebih dua juta pekerja bukan warganegara Malaysia di Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan
Ekonomi

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan

MOHAMMAD Helmi Harith menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran MYTV Mana Mana...

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen
Ekonomi

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen

PMCK membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa.KUALA LUMPUR: PMCK Berhad (PMCK),...

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah
Ekonomi

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah

CHEE Siew Pin (kanan) bersama Robbie Blackwood ketika gimik pelancaran Kempen Traverse...

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 
Ekonomi

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 

ZHANG Qiang (kanan) dan Lim Hun Teik bertukar dokumen perjanjian MoU antara...