Home Ekonomi Carsome Sasar Lonjak Pertumbuhan Hasil 20-40 Peratus Pada 2025
Ekonomi

Carsome Sasar Lonjak Pertumbuhan Hasil 20-40 Peratus Pada 2025

Carsome Sasar Lonjak Pertumbuhan Hasil 20-40 Peratus Pada 2025

Carsome

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Livevartha) — Platform e-dagang kereta bersepadu terbesar Asia Tenggara,Carsome Group, menyasarkan untuk meningkatkan hasil sebanyak 20 hingga 40 peratus pada 2025 dengan mengembangkan perniagaannya, terutama perkhidmatan sokongan seperti pembiayaan dan insurans.

Ketua Pegawai EksekutifEric Cheng berkatadengan operasi di Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina, perkhidmatan sampingan menyumbang 20 peratus jumlah pendapatannya pada separuh pertama 2024.

“Jadi, matlamat kami adalah untuk mengimbangi semua metrik utama daripada hasil dan keuntungan kasar kepada EBITDA (pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan) dan keuntungan bersih. Kami menyasarkan untuk mencapai keseimbangan ini menjelangtahun hadapan,” kata Cheng kepada Livevartha di luarPersidangan Tech in Asia 2024.

Cheng berkata perkhidmatan sampingan Carsome termasuk pembiayaan, insurans dan jualan selepas akan dilaksanakan melalui Carsome Capital dan Carsome Aftersales.

"Penggunaan teknologi yang menyeluruh ini meningkatkankedua-dua operasi teras dan perkhidmatan sampingan, melonjakkankeuntungan kasar sampingan dengan ketara sebanyak lebih 80 peratus pada 2023," katanya.

Cheng berkata kumpulan itu akan terus mengekalkan tahap pinjaman tidak berbayar (NPL) yang rendah untuk memastikan perniagaan stabil secara keseluruhan.

“Kami secara konsisten mengekalkan nisbah NPL yang sihat, dengan kurang daripada 2.0 peratus untuk pembiayaan runcit dan 0.1 peratus untuk pembiayaan borong.

"Ini menunjukkan amalan pengurusan risiko kami yang teguh, dan kami kekal komited untuk mengekalkan tahap NPL rendah bagi menyokong prestasi perniagaan yang stabil," katanya.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...