Monday , 23 December 2024
Home Ekonomi Bursa Malaysia rendah pada sesi awal susulan sentimen berhati-hati
Ekonomi

Bursa Malaysia rendah pada sesi awal susulan sentimen berhati-hati

Bursa Malaysia rendah pada sesi awal susulan sentimen berhati-hati

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Selasa, menjejaki prestasi Wall Street ketika sentimen beralih menjadi berhati-hati di tengah-tengah peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarkat (AS) serta harga minyak mentah, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.90 mata kepada 1,630.39 berbanding paras penutup 1,635.29, semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka susut 3.66 mata pada 1,631.63.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 175 berbanding 109, sebanyak 260 kaunter tidak berubah, 1,879 tidak diniagakan dan enam lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 190.08 juta unit bernilai RM71.61 juta.

Naib Presiden Penyelidik Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Dow Jones Industrial Average (DJIA) merosot hampir 400 mata manakala Nasdaq kehilangan 214 mata ketika hasil Perbendaharaan AS naik kepada 4.02 peratus.

\”Di pasaran tempatan, kami mendapati Indeks FBM KLCI masih dalam konsolidasi pada julat 1,630-1,680 dan perlu melepasi paras 1,680 sebelum aliran peningkatan itu menuju paras 1,700,” katanya kepada Bernama.

Walaupun kurang pemangkin pada masa ini, beliau berkata prestasi harga minyak sawit mentah (MSM) yang mengukuh dijangka dapat menarik minat lebih ketara.

Berikutan itu, beliau menjangkakan indeks itu bergerak dalam julat 1,635-1,645 pada hari ini.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM10.50 dan RM7.22; Public Bank turun dua sen kepada RM4.54; CIMB berkurangan empat sen kepada RM7.92 manakala Tenaga Nasional merosot enam sen kepada RM13.92.

Saham aktif menyaksikan KHPT Holdings yang mula disenaraikan di Pasaran ACE menokok 5.5 sen kepada 25.5 sen; Alpha IVF dan Steel Hawk

Bagi kaunter aktif, KHPT Holdings yang mula disenaraikan di Pasaran ACE masing-masing menambah 5.5 sen kepada 25.5 sen; Alpha IVF dan Steel Hawk masing-masing naik setengah sen kepada 35.5 sen dan 29 sen manakala Velocity Capital kekal pada pada tujuh sen dan Bahvest Resources turun setengah sen kepada 77.5 sen.

Sementara itu, Bursa Malaysia mengumumkan bahawa Jualan Singkat Intra Hari (IDSS) bagi saham Pertama Digital Bhd telah digantung sepanjang hari selepas harga terakhir turun melebihi 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.

\”Jualan singkat Pertama Digital di bawah IDSS hanya akan diaktifkan pada hari dagangan berikutnya iaitu jam 8.30 pagi Rabu, 9 Okt, 2024,\” katanya.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 32.74 mata kepada 12,224.04; Indeks FBM Emas Shariah turun 33.46 mata kepada 12,140.23; Indeks FBMT 100 susut 34.13 mata kepada 11,915.33; Indeks FBM 70 turun 43.51 mata kepada 17,351.51 dan Indeks FBM ACE susut 0.45 mata kepada 5,129.38.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 29.67 mata kepada 19,161.11; Indeks Perladangan berkurangan 2.63 mata kepada 7,209.59; Indeks Produk dan Perkhidmatan Pengguna turun 0.98 mata kepada 176.71 manakala Indeks Tenaga menokok 8.65 mata kepada 907.70.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Pasaran MSM dijangka alami sentimen tidak menentu minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 21 Disember- Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengalami...

GDA kekal mahu ambil alih MAHB pada harga RM11 sesaham
Ekonomi

GDA kekal mahu ambil alih MAHB pada harga RM11 sesaham

PETALING JAYA: Gateway Development Alliance Sdn. Bhd. (GDA), konsortium yang bercadang menswastakan...

Dividen ASB 2024 dijangka setanding tahun lalu
Ekonomi

Dividen ASB 2024 dijangka setanding tahun lalu

PETALING JAYA: Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir...

Ekonomi

Niaga hadapan MSM susut hari kelima berturut-turut, eksport lemah

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 20 Disember– Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...