Home Ekonomi Bursa Malaysia rendah pada sesi awal diasak penyusutan Wall Street
Ekonomi

Bursa Malaysia rendah pada sesi awal diasak penyusutan Wall Street

BURSA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 19 Disember- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Khamis dengan lebih rendah, menjejaki kemerosotan semalaman Wall Street, kata penganalisis.

Pada 9.12 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.11 mata kepada 1,597.47 daripada 1,599.58 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka susut 4.40 mata kepada 1,595.18.

Sentimen pasaran adalah negatif apabila kaunter rugi mengatasi untung iaitu 501 berbanding 106 manakala 258 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 1,062 tidak diniagakan dan 49 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 397.99 juta unit bernilai RM275.93 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street jatuh selepas peniaga melepaskan pegangan, diasak kebimbanmgan mengenai kenaikan kadar faedah yang berkemungkinan kekal tinggi.

Ini susulan kenyataan Rizab Persekutuan AS (Fed) yang menyatakan akan ada dua pengurangan kadar faedah pada 2025 selepas bertindak menurunkan kadar utama itu sebanyak 25 mata asas.

Selain itu, hasil Perbendaharaan 10 tahun AS berakhir lebih tinggi pada 4.52 peratus.

Di Hong Kong, indeks Hang Seng mengakhiri urus niaga lebih tinggi, didorong oleh sentimen optimis terhadap cadangan terkini China untuk membantu syarikat milik kerajaan meningkatkan prestasi serta nilai selain aspek bayaran dividen.

Di peringkat tempatan, FBM KLCI ditutup meningkat semalam kepada hanya di bawah paras 1,600 di tengah-tengah petunjuk aktiviti memburu saham berharga rendah yang menyokong bursa tempatan.

“Susulan penurunan di Wall Street, kami menjangkakan beberapa reaksi daripada pasaran serantau dan pada masa sama menjangkakan dana asing mengalihkan semula dana kembali ke Asia yang memaparkan penilaian lebih menarik.

“Kami menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,590-1,610 dalam dagangan hari ini,\” katanya kepada Bernama.

Saham wajaran tinggi CelcomDigi susut 4.0 sen kepada RM3.56, Nestle turun RM1.96 kepada RM97.04, RHB Bank berkurangan 8.0 sen kepada RM6.40, PPB Group menguncup 24 sen kepada RM11.88 manakala Press Metal Aluminium rugi 4.0 sen kepada RM4.79.

Bagi saham paling aktif, Winstar Capital yang mula disenaraikan di Pasaran ACE naik 19.5 sen kepada 54.5 sen, YTL Power International meningkat 25 sen kepada RM3.91, YTL Corporation naik 16 sen kepada RM2.30, Supermax sebaliknya tidak berubah pada RM1.22 manakala MRCB turun 2.0 sen kepada 49.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas Shariah merosot 72.61 mata kepada 12,249.88, Indeks FBM Emas berkurangan 33.17 mata kepada 12,247.62 manakala Indeks FBMT 100 turun 27.99 mata kepada 11,937.43.

Indeks FBM 70 merosot sebanyak 87.74 mata kepada 18,361.89 dan Indeks FBM ACE turun sebanyak 32.33 mata kepada 5,214.11.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.56 mata kepada 170.93, Indeks Tenaga susut 6.63 mata kepada 808.68, Indeks Perladangan berkurangan 50.62 mata kepada 7,582.14 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 44.21 mata kepada 18,851.97. – Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Ketidaktentuan global: Malaysia perlu teroka rakan dagang baharu – Pakar

FOTO ARKIB RTMKUALA LUMPUR, 15 Mac- Malaysia perlu meneroka peluang dengan negara...

Ekonomi

Suntikan RM1.1 bilion kepada Sapura Energy pelaburan strategik

Sapura EnergyKUALA LUMPUR, 15 Mac – Suntikan dana sebanyak RM1.1 bilion kepada...

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif
Ekonomi

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji dijangka mampu mengumumkan kadar dividen yang kompetitif...

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan
Ekonomi

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan

PROSPEK sektor hartanah terus disokong oleh statistik yang lebih baik termasuk jumlah...