Home Ekonomi Bursa Malaysia mendahului pasaran serantau, catat 45 IPO
Ekonomi

Bursa Malaysia mendahului pasaran serantau, catat 45 IPO

Bangunan Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 26 November -Bursa Malaysia mendahului pasaran tawaran awam permulaan (I-P-O) serantau, dengan 45 penyenaraian setakat ini.

Menurut firma pembrokeran Rakuten Trade, ia disokong penilaian menarik serta peranan pengawal selia yang kondusif dan menyokong pasaran modal.

Selain itu, dasar perniagaan yang jelas dan asas yang bertambah baik turut menyumbang kepada prestasi IPO tempatan.

Bursa Malaysia kini di landasan tepat untuk mencapai 50 penyenaraian setelah mencatatkan 33 IPO dalam pasaran ACE, 10 pasaran utama dan dua pasaran LEAP.

Menurut Ketua Jualan Ekuiti Rakuten Vincent Lau, pasaran IPO tempatan telah menyaksikan peningkatan penyertaan daripada pelabur institusi dan runcit.

Hai ini mencerminkan minat pelabur yang semakin meningkat dalam pasaran modal.

Tinjauan ekonomi global yang positif, ditambah dengan asas domestik yang kukuh, meletakkan pasaran ekuiti negara untuk pertumbuhan berterusan.

Faktor seperti kadar faedah yang lebih rendah, langkah rangsangan China, dan prestasi pelaburan KWSP yang kukuh, dijangka meningkatkan sentimen pelabur dan memacu momentum selanjutnya dalam pasaran ekuiti.

Berdasarkan draf prospektus tahun 2025, beliau yakin prestasi pasaran IPO tahun hadapan akan terus positif dan melepasi rekod IPO tahun ini.

Related Articles

Malaysia mendahului IPO di ASEAN
Ekonomi

Malaysia mendahului IPO di ASEAN

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (kanan) dan Fad’l Mohamed...

Synvista labur AS juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor
Ekonomi

Synvista labur AS$50 juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor

PETER Phang ketika ditemui pemberita selepas SynVista Energy Storage Full Lifecycle Summit...

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j
Ekonomi

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j

SHAHARRUDY Othman (tengah) ketika merasmikan Pelancaran Pelaksanaan e-Invois bagi Pembayar Cukai Fasa...

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 
Ekonomi

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 

REDZA Rafiq Abdul Razak (kiri) bersama PHILIPPE Marcel H. Droesbeke (dua dari...