Home Ekonomi Bursa Malaysia: Keuntungan bersih meningkat kepada RM310.1 juta
Ekonomi

Bursa Malaysia: Keuntungan bersih meningkat kepada RM310.1 juta

Foto Livevartha

KUALA LUMPUR, 27 Januari- Keuntungan bersih Bursa Malaysia melonjak 22.9 peratus kepada RM310.1 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Disember tahun lalu, berbanding tahun sebelumnya.

Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar, ia didorong pertumbuhan kukuh dalam pasaran sekuriti, derivatif serta perniagaan data, dengan peningkatan hasil operasi 27.8 peratus, kepada RM757.7 juta.

\”Secara keseluruhannya, tahun 2024 merupakan tahun yang kukuh untuk Bursa Malaysia.

\”Kami tetap komited melaksanakan perubahan yang mengukuhkan kedudukan kami sebagai platform utama untuk pengumpulan dana dan pelaburan.

\”Bagi pihak Lembaga Pengarah Bursa Malaysia, saya dengan sukacitanya mengumumkan dividen akhir sebanyak 18 sen sesaham dan dividen khas sebanyak 8 sen sesaham untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024,\” katanya menerusi kenyataan.

Pasaran sekuriti turut mencatat peningkatan dengan hasil dagangan sebanyak RM381.5 juta berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu, indeks utama FBM KLCI meningkat 12.9 peratus, menjadikan Bursa Malaysia antara pasaran berprestasi tinggi di ASEAN.

Related Articles

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights
Ekonomi

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights

MOHAMAD Farid Ghazali (kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Haniff Zainal Abidin...

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media
Ekonomi

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media

PROTON X50 baharu.PETALING JAYA: Proton Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan Proton X50 terbaharu...

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind
Ekonomi

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind

GOBIND SINGH DEOKUALA LUMPUR: Kerajaan dalam proses meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang...

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana
Ekonomi

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana

WAN Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi (dua kanan) bergambar bersama wakil-wakil syarikat...