Home Ekonomi Bursa Malaysia ingatkan orang ramai waspada penipuan Bursa Gold Dinar
Ekonomi

Bursa Malaysia ingatkan orang ramai waspada penipuan Bursa Gold Dinar

Bursa Malaysia mengingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap penipuan yang melibatkan penyamaran menggunakan nama dan logo Bursa Gold Dinar / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Bursa Malaysia mengingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap penipuan yang melibatkan penyamaran menggunakan nama dan logo Bursa Gold Dinar.

Pelabur dinasihatkan untuk melindungi diri dengan mendapatkan kesahihan pelaburan serta merujuk laman web rasmi Bursa Malaysia atau Bursa Gold Dinar bagi memastikan ketulenan maklumat.

Sebagai langkah tambahan, pengesahan juga boleh dibuat melalui Portal Semak Sebelum Labur yang disediakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Sekiranya berdepan dengan sebarang aktiviti penipuan, orang ramai disarankan untuk menghubungi BURSA Assist melalui e-mel dan talian yang tertera, serta menyertakan tangkapan skrin dan pautan sumber mencurigakan.

Untuk bantuan lanjut, hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan Xi Jinping buka laluan kerjasama strategik baharu Malaysia-China

Sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai merangkumi sektor kritikal: ekonomi, perdagangan, pendidikan,...

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...