Home Ekonomi Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Disokong Sentimen Positif Prestasi Kewangan Korporat
Ekonomi

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Disokong Sentimen Positif Prestasi Kewangan Korporat

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Disokong Sentimen Positif Prestasi Kewangan Korporat

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Livevartha) — Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan semula dan ditutup tinggi pada Khamis didorong pembelian semasa harga murah, selepas mengalami penurunan selama dua hari berturut-turut, kata penganalisis.

Beliau berkata prestasi itu juga disokong oleh keyakinan pelabur terhadap pelaporan prestasi kewangan korporat yang masih berjalan,selain pergerakan positif di Wall Street dalam tempoh semalaman.

Pada penutupan dagangan, FTSE Bursa Malaysia KLCI (KLCI) meningkat 6.34 mata atau 0.39 peratus kepada 1,641.66 daripada 1,635.32 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 5.01 mata lebih tinggi pada 1,640.33 dan bergerak antara 1,634.69 dengan 1,642.14 sepanjang sesi dagangan.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 616 berbanding 446 manakala 497 kaunter tidak berubah, 938 kaunter tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.72 bilion unit bernilai RM3.08 bilion daripada 3.27 bilion unit bernilai RM2.90 bilion pada Rabu.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI ditutup tinggi hari ini dan menjejaki semula paras 1,640 serta prestasi positif semalaman di Wall Street.

“Ini dipengaruhi olehminit mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) yang dikeluarkan, sekali gus mengukuhkan jangkaan bagi pengurangan kadar bulan depan.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...