Sunday , 22 December 2024
Home Ekonomi Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data
Ekonomi

Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data

BURSA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 13 Disember- Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.

Pada 5.00 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.67 mata atau 0.42 peratus kepada 1,608.75 daripada 1,602.08 semasa ditutup semalam.

Indeks itu dibuka 1.78 mata lebih tinggi kepada 1,603.86 dan bergerak antara 1,603.74 hingga 1,611.98 sepanjang dagangan.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 611 berbanding 488, manakala 477 kaunter tidak berubah, 925 tidak diniagakan dan 44 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.79 bilion unit bernilai RM2.40 bilion daripada 3.32 bilion unit bernilai RM2.53 bilion semalam.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata pergerakan meningkat indeks telah didorong oleh reaksi pelabur terhadap data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat (AS), yang menokok kepada 242,000 — melebihi jangkaan pada 220,000.

\”Data ini menguatkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS mungkin menurunkan kadar faedah pada mesyuarat minggu depan.

\”Selain itu, sentimen berkenaan turut dipengaruhi oleh perkembangan hubungan AS-China,\” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata indeks teknologi, yang amat peka kepada perubahan kadar faedah, melonjak 1.88 peratus hari ini, mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat dalam kalangan pelabur.

\”Kebiasaannya, penurunan kadar faedah Fed akan melemahkan dolar AS, yang berpotensi mengurangkan kos operasi dan logistik bagi sektor teknologi Malaysia,\” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Sedek berkata indeks permodalan pertengahan dan permodalan kecil Bursa Malaysia turut meningkat, seiring dengan keyakinan yang meluas terhadap potensi penurunan kadar AS.

\”Walaupun terdapat peningkatan, jumlah dagangan keseluruhan menyusut kepada 2.75 bilion saham daripada 3.0 bilion semalam. Ini menunjukkan aktiviti pasaran hari ini lebih didorong oleh saham berkualiti tinggi dan terpilih,\” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pelabur di seluruh dunia kekal berwaspada menjelang mesyuarat Fed minggu depan.

\”Walaupun penurunan kadar 25 mata asas adalah dijangkakan, indeks harga pengeluar yang lebih tinggi daripada jangkaan dan data inflasi pengguna yang dikeluarkan minggu ini telah menimbulkan persoalan mengenai trajektori kadar Fed pada masa depan,\” katanya.

Tenaga Nasional dan Press Metal Aluminium muncul sebagai dua penyumbang teratas kepada indeks tempatan, masing-masing naik 16 sen kepada RM13.72 dan 10 sen kepada RM5.05, mendorong
indeks komposit menokok dengan gabungan 2.99 mata.

Antara saham wajaran tinggi lain, Sunway menokok 9.0 sen kepada RM4.69, Telekom Malaysia menambah 13 sen kepada RM6.75 manakala SD Guthrie susut 4.0 sen kepada RM4.96, dan CelcomDigi rendah 2.0 sen kepada RM3.55.

Bagi saham aktif, Top Glove dan JF Technology masing-masing naik 9.0 sen kepada RM1.41 dan 79.5 sen, Supermax menokok 7.0 sen kepada RM1.10 manakala MYEG dan Datasonic tidak berubah, masing-masing pada 94.5 sen dan 43 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 69.52 mata kepada 12,356.07, Indeks FBMT 100 meningkat 69.24 mata kepada 12,037.28, Indeks FBM 70 melonjak 177.16 mata kepada 18,572.21, Indeks FBM Emas Syariah menambah 104.55 mata kepada 12,372.19, dan Indeks FBM ACE meningkat 1.33 mata kepada 5,310.16.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 15.31 mata kepada 19,117.43,
Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.08 mata kepada 175.77, Indeks Perladangan turun 19.25 mata kepada 7,635.05 dan Indeks Tenaga menyusut 4.15 mata kepada 820.0.

Jumlah dagangan Pasaran Utama rendah kepada 1.44 bilion unit bernilai RM2.15 bilion daripada 1.76 bilion unit bernilai RM2.25 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran menyusut kepada 990.61 juta unit bernilai RM138.67 juta daripada 1.05 bilion unit bernilai RM151.25 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 350.33 juta unit bernilai RM113.46 juta daripada 503.11 juta unit bernilai RM122.60 juta semalam.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 168.40 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (221.55 juta), pembinaan (90.51 juta), teknologi (334.90 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (73.85 juta), hartanah (139.58 juta), perladangan (19.56 juta), REIT (21.56 juta), dana tertutup (96,500), tenaga (106.0 juta), penjagaan kesihatan (153.83 juta), telekomunikasi dan media (38.05 juta), pengangkutan dan logistik (33.74 juta),
utiliti (41.55 juta), dan amanah perniagaan (632,400). -Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Pasaran MSM dijangka alami sentimen tidak menentu minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 21 Disember- Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengalami...

GDA kekal mahu ambil alih MAHB pada harga RM11 sesaham
Ekonomi

GDA kekal mahu ambil alih MAHB pada harga RM11 sesaham

PETALING JAYA: Gateway Development Alliance Sdn. Bhd. (GDA), konsortium yang bercadang menswastakan...

Dividen ASB 2024 dijangka setanding tahun lalu
Ekonomi

Dividen ASB 2024 dijangka setanding tahun lalu

PETALING JAYA: Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir...

Ekonomi

Niaga hadapan MSM susut hari kelima berturut-turut, eksport lemah

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 20 Disember– Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...