Home Ekonomi Bursa Malaysia dijangka terus diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Ekonomi

Bursa Malaysia dijangka terus diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 22 Mac- Bursa Malaysia dijangka terus diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan dengan kecenderungan meningkat sedikit menjelang cuti Hari Raya, kata penganalisis.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan antara 1,510 dan 1,515 manakala paras utama yang perlu dipantau kekal pada paras halangan pada 1,550 dan paras sokongan pada 1,500.

“Walaupun ekuiti Malaysia mencatatkan pembetulan mendadak disebabkan pelbagai faktor yang tidak berkaitan, kami menjangka cabaran luaran—termasuk risiko tarif import Amerika Syarikat (AS), konflik Rusia-Ukraine dan kebimbangan mengenai momentum ekonomi China—akan berkurangan secara berperingkat, membantu menstabilkan aliran keluar ekuiti asing,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu dagangan yang baru berakhir, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dalam dagangan berhati-hati berikutan kebimbangan pelabur yang ketara dan pengagihan semula dana di pasaran global, dipengaruhi oleh ketegangan perdagangan, dasar bank pusat dan situasi geopolitik.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, indeks utama merosot 6.70 mata kepada 1,505.45 daripada 1,512.15 pada minggu sebelumnya.

Sementara itu, Indeks FBM Emas menambah 5.65 mata kepada 11,305.79, Indeks FBMT 100 berkurangan 8.45 mata kepada 11,061.38, Indeks FBM Emas Shariah naik 37.59 mata kepada 11,027.17, Indeks FBM 70 melonjak 149.60 mata kepada 16,288.07 dan Indeks FBM ACE meningkat 146.96 mata kepada 4,824.64.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.30 mata kepada 153.43, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 82.99 mata kepada 18,439.83 manakala Indeks Perladangan meningkat 80.18 mata kepada 7,449.93 dan Indeks Tenaga naik 33.07 mata kepada 751.8.

Jumlah dagangan meningkat kepada 16.55 bilion unit bernilai RM12.15 bilion daripada 16.40 bilion unit bernilai RM14.47 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 6.12 bilion unit daripada 8.96 bilion unit bernilai RM13.18 bilion sebelum ini.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 4.97 bilion unit bernilai RM671.69 juta daripada 5.45 bilion unit bernilai RM622.41 juta pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 1.45 bilion unit bernilai RM524.70 juta daripada 1.97 bilion unit bernilai RM667.75 juta sebelum ini.

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada Selasa sempena cuti umum Nuzul Al-Quran.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...