Home Ekonomi Bursa Malaysia dibuka tinggi selepas empat hari catat penurunan
Ekonomi

Bursa Malaysia dibuka tinggi selepas empat hari catat penurunan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Bursa Malaysia mengakhiri penurunan selamaempat hari berturut-turut untuk dibuka tinggi pada Rabu,disokong oleh pembelian semasa harga murah tertentu dalam pasaran domestik.

Prestasi itu dicatatkan Bursa Malaysia walaupun pergerakan Wall Street hambar dalam tempoh semalaman ekoran kebimbangan mengenai perang perdagangan.

Pada pukul 9.40 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.06 mataatau 0.65 peratus kepada 1,565.72 daripada 1,555.66 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 4.90 mata lebih tinggi kepada 1,560.56.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 401 berbanding 199, manakala 328 kaunter tidak berubah, 1,403 kaunter tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 660.41 juta saham bernilai RM328.0 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata perang perdagangan yang dicetuskan oleh Amerika Syarikat (AS) mungkin boleh memuncak kerana AS telah mengancam untuk mengenakan lebih banyak tarif ke atas Kanada.

Sementara itu, beliau berkata hasil bon 10 tahun AS meningkat sedikit kepada 4.24 peratus, kerana tarif AS mungkin menambah tekanan terhadap inflasi.

“Di Hong Kong,Indeks Hang Seng merosot di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat berikutan tarif AS yang berkuat kuasa hari ini.

\”Apabila negara-negara yang terkesan mula mengenakan tarif balas, ramai yang bimbang situasi ini akan memburukkanlagi perang perdagangan global,\” katanya kepada Bernama.

Di dalam negara, beliau berkata FBM KLCI menyusut apabila pelabur, yang berada dalam mod mengelak risiko, melepaskan pegangan mereka berikutan keadaan yang tidak stabil ini.

\”Walaupun kami tidak mengesyorkan pemburuan saham pada hargamurah secara agresif, kami melihat situasi semasa sebagai peluang terbaik untuk membeli saham terpilih, terutamanya saham mewah dan saham defensif dengan hasil dividen yang lebih baik.

\”Untuk hari ini, kami menjangkakan indeks akan bergerak antara 1,550 dan 1,565, dengan harapan dana asing akan segera mengutamakan Asia sebagai destinasi pilihan,\” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik4.0 sen kepada RM10.64, Public Bank meningkat 6.0 sen kepada RM4.59, Tenaga Nasional naik 20 sen kepada RM13.80, IHH Healthcare bertambah 2.0 sen kepada RM7.37, manakala CIMB merosot 3.0 sen kepada RM7.97.

Bagi saham aktif, NexG naik 1.0 sen kepada 26.5 sen, Ingenieur Gudang dan Silver Ridge masing-masing menambah setengah sen kepada 3.5 sen dan 56 sen, NationGate menokok 3.0 sen kepada RM1.48, manakala Jiankun International kekal pada 4.5 sen.

Pada papan indeks, Indeks FBM Emas naik 79.12 mata kepada 11,623.99, Indeks FBMT 100 meningkat 78.69 mata kepada 11,408.84, Indeks FBM Emas Shariah menokok 82.79 mata kepada 11,246.13, Indeks FBM 70 melonjak134.92 mata kepada 16,420.96, dan Indeks FBM ACE naik19.28 mata kepada 4,570.65.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri meningkat 1.17 mata kepada 154.26, Indeks Tenaga menokok2.08 mata kepada 737.08, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 77.69 mata kepada 19,336.04, dan Indeks Perladangan naik28.57 mata kepada 7,511.58. – Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Ringgit naik 170 peratusan dalam mata berbanding dolar dalam sesi awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 6 Mac- Ringgit meneruskan momentum positifnya berbanding dolar Amerika...

Ekonomi

Caruman KWSP pekerja asing langkah seimbang pasaran buruh

Penetapan kadar caruman KWSP sebanyak dua peratus bagi pekerja asing dilihat sebagai...

Ekonomi

Kerajaan siasat isu cip AI disekat AS

Foto Hiasan / ReutersKUALA LUMPUR, 5 Mac – Kerajaan sedang menyiasat kemungkinan...

AEON, KIP REIT meterai kerjasama untuk perluasan AEON Mall Kinta City
Ekonomi

AEON, KIP REIT meterai kerjasama untuk perluasan AEON Mall Kinta City

Pertukaran dokumen kerjasama antara AEON dan KIP REIT.PETALING JAYA: AEON Co. (M)...