Home Ekonomi Bursa Malaysia dibuka tinggi sejajar prestasi positif Wall Street
Ekonomi

Bursa Malaysia dibuka tinggi sejajar prestasi positif Wall Street

Bursa Malaysia dibuka tinggi sejajar prestasi positif Wall Street

Bursa Malaysia dibuka tinggi sejajar dengan prestasi Wall Street yang positif / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 7 Oktober – Bursa Malaysia dibuka tinggi sejajar dengan prestasi Wall Street yang positif selepas senarai gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) pada September mengatasi jangkaan, menunjukkan ekonomi kekal kukuh.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.46 mata kepada 1,634.43 daripada 1,629.97 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.61 mata kepada 1,633.58.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 218 berbanding 123 manakala 239 kaunter kekal tidak berubah, 1,838 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 170.99 juta unit bernilai RM83.69 juta.

Senarai gaji bukan ladang AS meningkat sebanyak 254,000 pekerjaan pada bulan lepas selepas semakan semula kepada 159,000 pada Ogos; pengangguran susut kepada 4.1 peratus pada September.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd menjangka peniaga memantau dan membeli saham teknologi terpilih berdasarkan sentimen positif Wall Street dan ringgit yang rendah sedikit.

“Selain itu, lonjakan harga minyak mentah dan minyak sawit mentah dijangka meningkatkan minat pelabur terhadap sektor minyak dan gas serta perladangan,” katanya.

Menjelang Belanjawan 2025, katanya peniaga turut dijangka melabur dalam sektor pembinaan, hartanah, bahan binaan dan utiliti.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional, masing-masing merosot dua sen kepada RM10.48 dan RM14.26. CIMB berkurangan satu sen kepada RM7.19 manakala Public Bank menambah empat sen kepada RM4.57 dan IHH Healthcare naik tiga sen kepada RM7.25.

Daripada kaunter aktif, OCR Group merosot setengah sen kepada tiga sen manakala Velesto Energy meningkat satu sen kepada 21.5 sen, 99 Speed Mart menambah enam sen kepada RM2.35, Capital A naik 1.5 sen kepada 88 sen dan Sanichi tidak berubah pada 1.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 38.08 mata kepada 12,247.57, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 47.27 mata kepada 12,161.48, Indeks FBMT 100 menambah 36.60 mata kepada 11,937.17, Indeks FBM 70 menokok 68.35 mata kepada 17,354.76 dan Indeks FBM ACE naik 16.33 mata kepada 5,125.85.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 8.72 mata kepada 19,199.40, Indeks Tenaga naik 12.49 mata kepada 905.17, Indeks Perladangan menokok 21.96 mata kepada 7,207.74 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.24 mata kepada 176.3.-Livevartha

Related Articles

Bateriku, RYDE EV jalin kerjasama percepat mobiliti elektrik
Ekonomi

Bateriku, RYDE EV jalin kerjasama percepat mobiliti elektrik

AZAROL Faizi (kiri) bersama Syed Ahmad Faiz pada majlis memeterai kerjasama strategik...

I-Berhad labur RM10j untuk sistem AI, infrastruktur robotik menjelang 2028
Ekonomi

I-Berhad labur RM10j untuk sistem AI, infrastruktur robotik menjelang 2028

LIM Kim Hong (kiri) pada majlis pengumuman komitmen awal I-Berhad sebanyak RM10...

Jangkaan kadar dividen KWSP perlu realistik – Pakar ekonomi
Ekonomi

Jangkaan kadar dividen KWSP perlu realistik – Pakar ekonomi

KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM18.31 bilion untuk suku pertama berakhir 31...

PMKS manfaat pendigitalan peruncitan, tingkat daya saing
Ekonomi

PMKS manfaat pendigitalan peruncitan, tingkat daya saing

PMKS menggunakan kemajuan teknologi digital untuk mempromosikan perniagaan mereka.PETALING JAYA: Pendigitalan dalam...