Home Ekonomi Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Ekonomi

Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 Januari- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, mengambil petunjuk daripada penutupan dagangan di Wall Street yang kukuh pada Jumaat lepas, selepas permintaan baharu untuk saham teknologi mendorong pasaran Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.50 mata kepada 1,630.96 daripada 1,629.46 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.28 mata kepada 1,629.74.

Di pasaran meluas, 278 kaunter untung mengatasi 159 kaunter rugi, 361 kaunter tidak berubah, 1,555 saham tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 318.51 juta unit bernilai RM181.36 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong mengadakan lawatan ke Malaysia hari ini untuk merasmikan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), mendorong peniaga untuk memfokus semula kepada kaunter berkaitan Johor.

“Selain itu, susulan kenaikan harga minyak mentah baru-baru ini, kami menjangkakan terdapat peluang dagangan berterusan dalam sektor Tenaga.

\”Pelaburan pusat data juga dijangka meningkatkan pendapatan dalam sektor pembinaan, bahan binaan dan utiliti,\” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Minggu ini, peniaga akan memantau data ekonomi utama termasuk Indeks Harga Pengguna (IHP) Zon Euro, IHP China dan Indeks Pengurus Pembelian (IPP) Bukan Pembuatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM).

Dalam saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional masing-masing meningkat dua sen kepada RM10.16 dan RM14.62, Public Bank naik tiga sen kepada RM4.53 manakala CIMB tidak berubah pada RM8.11 bagaimanapun IHH Healthcare merosot tujuh sen kepada RM7.21.

Bagi kaunter aktif, Velocity Capital dan Careplus masing-masing melonjak satu sen kepada 8.0 sen dn 27 sen, Harvest Miracle menokok 1.5 sen kepada 20.5 sen dan MYEG menambah 0.5 sen kepada 99 sen naum Aimflex merosot setengah sen kepada 15 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 28.73 mata kepada 12,562.37, Indeks FBM Emas Shariah naik 22.27 mata kepada 12,568.76, Indeks FBMT 100 naik 27.02 mata kepada 12,229.91,Indeks FBM 70 menambah 100.18 mata kepada 18,967.52 manakala Indeks FBM ACE melonjak 17.33 mata kepada 5,489.89.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga naik 5.56 mata kepada 856.86, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 32.80 mata kepada 19,055.87, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menokok 0.08 mata kepada 174.53 dan Indeks Perladangan melonjak 5.91 mata kepada 7,604.42.- Livevartha

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....