Home Ekonomi Bursa Malaysia cari CEO baharu
Ekonomi

Bursa Malaysia cari CEO baharu

Bursa Malaysia cari CEO baharu

MUHAMMAD UMAR SWIFT

PETALING JAYA: Bursa Malaysia Bhd. mengesahkan dalam proses untuk mencari Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu bagi menggantikan Datuk Muhamad Umar Swift.

Menurut maklumannya di pasaran saham hari ini, Bursa Malaysia mempunyai rancangan pembangunan bakat dan pelan penggantian yang merangkumi calon dalaman dan luaran sebagai pemimpin masa depan syarikat.

“Sehubungan itu, Lembaga Pengarah Bursa Malaysia melalui Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan kini sedang melaksanakan proses penggantian CEO.

“Pengumuman akan dibuat oleh syarikat apabila perkara ini dimuktamadkan,” katanya.

Makluman di pasaran saham tersebut dibuat susulan laporan media sebelum ini mendedahkan Muhamad Umar yang merupakan CEO dan Pengarah Eksekutif Bursa Malaysia, sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan kumpulan.

Laporan tersebut mendakwa, jawatan beliau mungkin akan diisi oleh Datuk Fad’l Mohamed yang kini menjadi Pengarah Urusan Perbankan Borong Kumpulan di RHB Bank Bhd.

Muhamad Umar dilantik sebagai CEO Bursa Malaysia pada 11 Februari 2019 bagi menggantikan Datuk Seri Tajuddin Atan.

Sebelum mengetuai Bursa Malaysia, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan Kumpulan di MAA Group Bhd, selain memegang jawatan CEO Malaysian Assurance Alliance Bhd (kini dikenali sebagai Zurich Insurance Malaysia Bhd).

Beliau juga pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Gas Malaysia Bhd serta Ketua Kumpulan Perkhidmatan Kewangan Perusahaan di Maybank sebelum menyertai MAA Group.-UTUSAN

Related Articles

CLSA lancar waran berstruktur di Bursa Malaysia
Ekonomi

CLSA lancar waran berstruktur di Bursa Malaysia

GAMBAR HIASANKUALA LUMPUR: CLSA Securities Malaysia Sdn. Bhd. (CLSA), salah satu broker...

MSB Global sasar perkenal pengecas EV pada suku kedua 2025
Ekonomi

MSB Global sasar perkenal pengecas EV pada suku kedua 2025

KEE FOOKUALA LUMPUR: MSB Global Group Berhad (MSB Global), permain industri alat...

PayNet lancar fasa baharu Program Akar fokus AI, sains data
Ekonomi

PayNet lancar fasa baharu Program Akar fokus AI, sains data

FARHAN Ahmad (barisan tengah,tujuh dari kiri) bersama Laurence Si (barisan tengah,lima dari...

BZI labur AS0 juta bina loji penapisan SAF pertama di Asia Tenggara
Ekonomi

BZI labur AS$500 juta bina loji penapisan SAF pertama di Asia Tenggara

NIK Nazmi Nik Ahmad (belakang, dua dari kiri) majlis menandatangani perjanjian antara...