Home Ekonomi Bursa kekal positif, seiring prestasi pasaran serantau
Ekonomi

Bursa kekal positif, seiring prestasi pasaran serantau

Bursa kekal positif, seiring prestasi pasaran serantau

PETALING JAYA: Pasaran saham serantau dilihat kekal positif, seiring dengan prestasi pasaran serantau pada hari ini selepas dilihat pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) sudah bersedia mengurangkan kadar faedah pada September, kata penganalisis.

Bursa Malaysia ditutup tinggi penghujung dagangan hari ini pada 1,641.66 hari ini, naik 6.34 mata berbanding 1,635.32 pada penutup Rabu.

Indeks dibuka tinggi pada 1640.33 mata.

Jumlah dagangan sebanyak 3,602 bilion unit bernilai RM2.87 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 419 berbanding 661, dengan 473 kaunter tidak berubah, 944 tidak diniagakan.

Jumlah dagangan sebanyak 3.193 bilion unit bernilai RM2. 748 bilion.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun dengan meningkat 259.21 mata kepada 38,211.01 ketika berita ini ditulis.

Bagi indeks Kospi Korea Selatan juga naik sebanyak 0.24 peratus atau 6.54 mata kepada 2,707.67, namun indeks Indonesia turun 1.12 peratus kepada 7.469,702.

Dalam pada itu, indeks STI Singapura pula naik 9.51 mata kepada 3,3380.92.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, perkara itu berikutan minit mesyuarat mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat (AS) (FOMC) pada 30 sehingga 31 Julai yang diterbitkan malam tadi menunjukkan pihak Fed AS sudah bersedia mengurangkan kadar faedah pada September.

“Hujah untuk mengurangkan kadar faedah dilihat semakin jelas apabila pasaran buruh di AS sudah mula menunjukkan tanda-tanda yang melemah apabila kadar faedah telah meningkat ke paras 4.3 peratus pada Julai lalu.

“Justeru, jangkaan pengurangan kadar faedah di AS akan mengurangkan jurang antara kadar faedah di AS dan Malaysia.

“Situasi ini dilihat akan menyebabkan pelabur asing akan terus membeli saham-saham dinegara membangun, termasuk Malaysia, katanya. – UTUSAN

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...