Friday , 27 December 2024
Home Ekonomi Bubbles O2 Sasar Hasil Jualan RM22 Juta Pada 2025
Ekonomi

Bubbles O2 Sasar Hasil Jualan RM22 Juta Pada 2025

Bubbles O2 Sasar Hasil Jualan RM22 Juta Pada 2025

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick (lima, kiri) pada majlis perasmian Pusat Pengilangan Baharu Bubbles O2 Sdn. Bhd di Kompleks Al-Ammar, Rantau hari ini.

Turut sama Pengarah Urusan Bubbles O2 Sdn Bhd Ain Azizah Arifin (enam, kiri) dan Pengerusi Eksekutif Bubbles O2 Sdn Bhd Arifin Marzuki (tiga, kiri).

Pengarah Urusan Bubbles O2 Sdn Bhd Ain Azizah Arifin

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick (kanan) melihat produk botol air pada majlis perasmian Pusat Pengilangan Baharu Bubbles O2 Sdn. Bhd di Kompleks Al-Ammar, Rantau hari ini.

Turut sama Pengarah Urusan Bubbles O2 Sdn Bhd Ain Azizah Arifin (dua, kiri) dan Pengerusi Eksekutif Bubbles O2 Sdn Bhd Arifin Marzuki (kiri).

REMBAU, 22 Ogos (Livevartha) — Syarikat peneraju industri air mineral beroksigen semula jadi di Malaysia,Bubbles O2 Sdn Bhd menyasarkan untuk mencapai jualan bernilai RM22juta tahun depan.

Pengarah Urusan Bubbles O2, Ain Azizah Arifin berkata beliau optimis sasaran itu mampu dicapai berikutan jenama tersebut dilihat semakin kukuh di pasaran domestik serta beberapa pasaran antarabangsa termasuk di Brunei dan Dubai.

“Tahun ini kita sasarkan nilai jualan RM10 juta tapi setakat Jun lepas ia sudah merekodkan RM15.8 juta.Alhamdulillah, sasaran tercapai dan melebihi sasaran…setiap tahun kita sasarkan peningkatan 30 peratus.

“Pencapaian itu didorong oleh pelanggan itu sendiri, antara faktor kejayaaan mencapai sasaran susulan maklumat produk disampaikan pelanggan dari mulut ke mulut (pelangganmengesyorkan produk Bubbles O2 kepada orang lain sehingga ia dikenali ramai), kepercayaan pelangganterhadap produk sehingga kamiterimapermintaan tinggi,” katanya kepada pemberita selepas majlisperasmianpusat pengilangan baharu Bubbles O2 di sini hari ini.

Ia dirasmikanMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut dihadiriPengerusi Eksekutif Bubbles O2, Arifin Marzuki.

Ain Azizah berkata air Bubbles O2 dijual di 5,000 premisdi seluruh negara setakat ini termasuk di stesen minyak, hypermarket dan koperasi sejak penubuhannya pada 2019, selain itu syarikat ituturut menaja acara sukan berprestij sepertiLe Tour de Langkawi.

“Setakat ini kami mampu menghasilkan 100,000 botol air mineral sehari danmempunyai lima pejabat iaitu di Rantau dan Pedas di Negeri Sembilan; Kajang, Bandar Baru Bangi dan Kota Bharu, Kelantan…sasaranseterusnyauntuk membuka pejabatdi negeri-negeri wilayah utara," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata syarikat itu akan memperluaskanpasaran globalnya keAfrika Selatan, United Kingdom dan Amerika Syarikat sama ada akhir tahun ini atau awal tahun depanberdasarkanpotensi produk itu berkembang maju.

Mengulas mengenaipembukaan pusat pengilangan baharu itu,Ain Azizah berkata ia adalah langkah penting untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat serta memperluaskan rangkaian produk, pada masa sama menyasarkanuntukmelipatgandakan pengeluaran.

Related Articles

Ekonomi

Dividen ASB 2024, bukti ekonomi mengukuh – Penganalisis

Foto Kecil: Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad...

Ekonomi

Kerjasama blok ASEAN perkukuh cabaran geopolitik, ekonomi global

Datuk Ramesh KodammalKUALA LUMPUR, 25 Disember- Blok ASEAN perlu bersatu dan memperkukuh...

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan
Ekonomi

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menyasarkan untuk meningkatkan aset di bawah...

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun
Ekonomi

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun

PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan yang tertinggi...