Home Ekonomi BNM umum liberalisasi dasar pertukaran asing bagi MDB, IKP
Ekonomi

BNM umum liberalisasi dasar pertukaran asing bagi MDB, IKP

BNM umum liberalisasi dasar pertukaran asing bagi MDB, IKP

Abdul Rasheed Ghaffour

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan liberalisasi dasar pertukaran asing (FEP) bagi bank pembangunan pelbagai hala (MDB) dan institusi kewangan pembangunan (IKP) bukan pemastautin yang layak.

Liberalisasi ini bertujuan memudahkan pelaburan institusi-institusi ini dalam bidang pertumbuhan utama di Malaysia dan bidang pertumbuhan itu termasuk industri elektrik dan elektronik (E&E), penggunaan teknologi, kelestarian dan pusat data.

MDB dan IKP bukan pemastautin yang layak kini boleh menerbitkan sekuriti hutang dalam denominasi ringgit untuk kegunaan di Malaysia dan memberi pembiayaan dalam ringgit kepada syarikat pemastautin.

Langkah ini akan membolehkan pembiaya dan sektor perniagaan menstrukturkan pembiayaan dalam ringgit bagi projek dalam negeri, di samping mengurangkan risiko ketidakpadanan mata wang.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, liberalisasi ini akan mendorong penyertaan yang lebih tinggi daripada pelabur antarabangsa dalam bidang pertumbuhan utama di Malaysia.

“Dengan liberasi ini, MDB dan DFI yang berkelayakan kini bebas untuk mengeluarkan bon dan sukuk denominasi ringgit untuk digunakan di Malaysia, serta menyediakan pembiayaan ringgit kepada entiti pemastautin.

‘Fleksibiliti ini akan melebarkan peluang pembiayaan dalam ringgit untuk menyokong pelaburan perniagaan sambil mengurangkan risiko ketidakpadanan mata wang, pada masa yang sama menggalakkan lebih banyak penerbitan dan penyertaan oleh penerbit global serta pelabur antarabangsa dalam pasaran bon dan sukuk domestik.

‘Kerjasama rapat dengan MDB dan DFI yang berwibawa juga boleh memudahkan pemindahan pengetahuan dan melengkapkan pendekatan pembiayaan campuran dalam menggerakkan modal ke kawasan pertumbuhan strategik baru, seperti peralihan iklim,” katanya dalam sidang media Prestasi Ekonomi Suku Ketiga 2024 di Sasana Kijang dekat sini.

Jelas beliau, hal ini selari dengan permintaan dan minat yang semakin meningkat daripada institusi kewangan antarabangsa untuk membiayai projek pelaburan bernilai tinggi di Malaysia berdasarkan pemerhatian sejak kebelakangan ini.

Selain itu, Abdul Rasheed berkata, MDB dan IKP bukan pemastautin yang layak boleh berkongsi kepakaran teknikal, khususnya dalam pembiayaan campuran.

“Langkah ini akan membantu peserta domestik sedia ada memenuhi permintaan pembiayaan untuk menyokong pelaburan strategik dan usaha peralihan iklim di Malaysia.

“Dengan memupuk persekitaran pelaburan yang lebih kondusif, inisiatif liberalisasi ini akan meningkatkan terbitan dan penyertaan penerbit dan pelabur antarabangsa. Langkah ini akan memberikan manfaat dari segi kedalaman dan keteguhan bagi pasaran bon dan sukuk domestik,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...