Home Ekonomi BNM Lantik Yogeesvaran Kumaraguru Sebagai Ahli Luar MPC
Ekonomi

BNM Lantik Yogeesvaran Kumaraguru Sebagai Ahli Luar MPC

BNM Lantik Yogeesvaran Kumaraguru Sebagai Ahli Luar MPC

KUALA LUMPUR, 26 Ogos(Livevartha) –Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan Datuk Yogeesvaran Kumaraguru sebagai ahli luar Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) untuk tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 Sept, 2024.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata beliau merupakan ahli ekonomi terkemuka yangmempunyai pengalaman 27 tahun di Unit Perancang Ekonomi (EPU) sebelum menyertai Kementerian Perladangandan Komoditi sebagai Ketua Setiausaha (KSU) pada 2017.

"Saya mengalu-alukan kehadiran Yogeesvaran sebagai ahli baharu MPC. Kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang ekonomi sertapenggubalan dasar akan memberikan manfaat kepada perbincangan dan pertimbangan MPC," kata Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Semasa tempohperkhidmatan di EPU, beliau terlibat dalam penggubalan beberapa Rancangan Malaysia dan merupakan Ahli Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pakar runding mengenai hal ehwalekonomi kepada Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 (CBA 2009), MPC bertanggungjawab merumuskan dasar monetari sertamenetapkan dasar-dasar untuk mengendalikan operasi dasar monetari.

CBA2009 juga memberikan peruntukan kepada pelantikan ahli luar MPC.

— Livevartha

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....