Home Ekonomi Bintai Kinden Selesai Struktur Semula Kemudahan Perbankan Yang Mungkir
Ekonomi

Bintai Kinden Selesai Struktur Semula Kemudahan Perbankan Yang Mungkir

Bintai Kinden Selesai Struktur Semula Kemudahan Perbankan Yang Mungkir

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Livevartha) — Bintai Kinden Corporation Bhd (BKCB) mengumumkan kumpulan itu telah berjaya menstruktur semula dan menjadualkan semula semua kemudahan perbankannya yang mungkir dengan pembiayanya dengan matlamat untuk keluar daripada status PN17.

Menurut syarikatpakar perkhidmatan kejuruteraan itu, pihaknya telah mencapai kemajuan yang ketara melalui inisiatif strategik termasuk meraih nilai perolehan kontrak yang kukuh, merundingkan terma yang lebih baik dengan bank dan pemiutang, melaksanakan langkah-langkah penjimatan kos, menyelesaikan projek yang tertunggak dan memastikan pembayaran penghutang dibuat tepat pada masanya.

“Usaha ini amat penting dalam memacu syarikat ke arah pemulihan,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pada 30 Julai 2024, BKCB mendapat kelulusan Maybank untuk penstrukturan semula dan penjadualan semula kemudahan perbankan anak syarikat milik penuhnya, Kejuruteraan Bintai Kindenko Sdn Bhd.

“Penstrukturan semula ini melibatkanmenukar overdraf kontrak yang tertunggak dan bil-bil perdagangan menjadi kemudahan pinjaman berjangka, memulihkan kemudahan overdraf sebanyak RM6.9 jutadan kemudahan jaminan bank sebanyak RM10 juta.

“Dengan kelulusan ini, semua kemudahan perbankan kumpulan telah ditetapkan, menjadi satu lagi pencapaian dalam perjalanan pemulihan syarikat,”katanya.

Berdasarkan perkembangan positif ini, BKCB berkata pihaknya akan meminta penasihatnya untuk merangka pelan dengan sasaran untuk keluar daripadastatus PN17dan memaklumkan kepada semua pihak berkepentingan utamanya mengenai kemajuan dalam perkara ini.

— Livevartha

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...