Home Ekonomi Binastra Peroleh Kontrak Pembinaan Bernilai RM160 Juta
Ekonomi

Binastra Peroleh Kontrak Pembinaan Bernilai RM160 Juta

Binastra Peroleh Kontrak Pembinaan Bernilai RM160 Juta

KUALA LUMPUR, 2 Ogos(Livevartha) –Anak syarikat milik penuh Binastra Corporation Bhd (Binastra), Binastra Builders Sdn Bhdmemperoleh kontrak pembinaan bernilaiRM160 juta daripada Dynamicz Sdn Bhd.

Binastra dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata kontrak berkenaanmelibatkan kerja-kerja perobohan danpembinaan utama bagi cadangan pembangunanterdiri daripada pejabat setinggi empat tingkat, merangkumi 560 unit, satu tingkat kemudahan, kawasan perkhidmatan, dan lif dengan lobi lif di Damansara Perdana, Selangor.

”Kontrak tersebutbermula pada 2 Ogos 2024, dan dijangka siap pada 30 Julai 2026. Ia dijangka dapat menyediakanaliran pendapatan tambahan kepada kumpulandalam tempoh tiga tahun kewangan akan datang,” katanya.

Dalam satu kenyataan berasingan, Pengarah Urusan Binastra, Datuk Jackson Tan Kak Sengberkata dengan kontrak baharu itu, nilai perolehan kontrakkumpulan akan berjumlah kira-kira RM2.2 bilion, selainmemastikan aliran projek yang kukuh dan pendapatanstabil padatahun-tahun akan datang.

— Livevartha

TAG: Binastra,Dynamicz Sdn Bhd, Jackson Tan Kak Seng, Damansara Perdana

SNAA SPSA TLC MAN ZK

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...