Home Ekonomi Belanjawan 2025: Penyediaan Insentif, Pembangunan Bakat Fokus Kementerian Digital
Ekonomi

Belanjawan 2025: Penyediaan Insentif, Pembangunan Bakat Fokus Kementerian Digital

Belanjawan 2025: Penyediaan Insentif, Pembangunan Bakat Fokus Kementerian Digital

Menteri Digital Gobind Singh Deo ketika sidang media selepas sesi libat urus bersama pemegang taruh bagi cadangan inisiatif Belanjawan 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

PUTRAJAYA, 13 Ogos (Livevartha) –Penyediaan insentif untuk memperkasakan ekonomi digital dan pembangunan bakat berkemahiran antara fokus Kementerian Digitaldalam Belanjawan 2025.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata pada era pendigitalan kini, adalahpenting sokongan diberikan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta Perusahaan Mikro, Kecildan Sederhana (PMKS) agar mereka dapat memanfaatkan teknologi untuk mengukuhkanperniagaan masing-masing.

“Permintaan yang berbangkit ialah kaedah insentif boleh digunakan untukmenggalakkan lebih ramai lagi peniaga kecil atau industri kecil menggunakan teknologi sedia ada.

“Saya akan bawa perkara itu ke depan supaya kita dapat bincang perkara ini denganKementerian Kewangan (MOF) dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya satu keputusan boleh dibuat (mengenai)sejauh mana kita boleh beri insentif, jenis insentif, sama ada dari sudut pencukaianatau insentif lain, kita akan lihat dan bawa perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sejurus tamat Sesi Libat Urus Kementerian Digital bersama Pemegang Taruh bagi Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025yang antara lain turut dihadiri oleh pihak Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) danPersatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (Pikom).

Mengenai pembangunan bakat, Gobind berkata ia merangkumi bakat dalam bidang digital dan persediaan tenaga kerja mahir bagi tempoh lima tahun akan datang untuk memenuhi permintaan industri.

Beliau berkata kesemua hasilsesi libat urus berkenaan akan dibentangkan kepada MOF pada 23 Ogos inidengan harapan ia akan dipertimbangkan dan diluluskan dalam Belanjawan 2025.

Perdana Menteri akan membentangkan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini.

— Livevartha

Related Articles

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022
Ekonomi

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022

PETALING JAYA: Purata gaji dan upah bulanan pekerja pada 2022 adalah sebanyak...

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau
Ekonomi

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau

MOHD. Muazzam Mohamed (tiga dari kanan) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk...

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam
Ekonomi

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam

PROJEK LRT Pulau Pinang adalah projek infrastruktur terbesar yang dilaksanakan pentadbiran Kerajaan...

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E
Ekonomi

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E

PETALING JAYA: Rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bukan sekadar...