Home Ekonomi Belanjawan 2025: LKIM harap pacu transformasi Sektor Perikanan
Ekonomi

Belanjawan 2025: LKIM harap pacu transformasi Sektor Perikanan

Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil menyantuni nelayan yang berniaga ikan/Foto FB Faiz Fadzil

SEREMBAN, 14 Oktober- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berharap Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini dapat menjadi pemangkin kepada transformasi sektor perikanan, dengan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan hidup nelayan.

Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata melalui pemberian subsidi yang berterusan, peningkatan elaun sara hidup, serta sokongan berterusan kerajaan terhadap penggunaan teknologi moden, langkah ini dijangka memberi kesan positif kepada pendapatan nelayan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan sektor perikanan yang lebih mampan.

\”Setakat ini, terdapat sekitar 81,991 nelayah berdaftar di bawah LKIM seluruh negara. Angka ini menunjukkan saiz komuniti nelayan yang bergantung kepada bantuan dan sokongan kerajaan melalui pelbagai program yang disediakan oleh LKIM,\” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Muhammad Faiz berkata kos sara hidup yang semakin meningkat, termasuk kos bahan api dan peralatan juga memberi tekanan besar kepada komuniti nelayan.

\”Dalam usaha menjaga kebajikan mereka, kami berharap ada peningkatan dalam elaun sara hidup bagi para nelayan. Kenaikan ini harus selaras dengan kadar inflasi dan kos operasi semasa untuk membantu meringankan beban kewangan nelayan.

\”Langkah ini dilihat sebagai usaha untuk memastikan kesejahteraan komuniti nelayan terus terjaga dan taraf hidup mereka dapat ditingkatkan,\” katanya.

Beliau berkata dengan sokongan berterusan daripada kerajaan, sektor perikanan berpotensi berkembang secara lebih lestari, sementara kehidupan nelayan dapat dipertingkatkan secara keseluruhan.

Selain itu, beliau menekankan keperluan untuk terus menggalakkan lebih ramai nelayan mendaftar sebagai ahli persatuan bagi memastikan mereka tidak terlepas daripada menerima pelbagai manfaat yang disediakan oleh kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual membentangkan Belanjawan 2025, belanjawan ketiga di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan pada 18 Okt ini di Dewan Rakyat. – Livevartha

Related Articles

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022
Ekonomi

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022

PETALING JAYA: Purata gaji dan upah bulanan pekerja pada 2022 adalah sebanyak...

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau
Ekonomi

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau

MOHD. Muazzam Mohamed (tiga dari kanan) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk...

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam
Ekonomi

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam

PROJEK LRT Pulau Pinang adalah projek infrastruktur terbesar yang dilaksanakan pentadbiran Kerajaan...

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E
Ekonomi

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E

PETALING JAYA: Rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bukan sekadar...