Home Ekonomi Belanjawan 2025: KPK Mohon Peruntukan Tambahan Tanam Semula Kelapa Sawit, Getah – Johari
Ekonomi

Belanjawan 2025: KPK Mohon Peruntukan Tambahan Tanam Semula Kelapa Sawit, Getah – Johari

Belanjawan 2025: KPK Mohon Peruntukan Tambahan Tanam Semula Kelapa Sawit, Getah – Johari

Menteri Perladangan Dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengadakan lawatan ke reruai Kementerian Perladangan dan Komoditi selepas menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Dewan Merdeka hari ini.

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Livevartha) — Kementerian Perladangan dan komoditi (KPK) akan memohon peruntukan tambahan bagi tujuan penanaman semula kelapa sawit dan getah menerusi Belanjawan 2025 akan datang, kata Menterinya Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

"Kita memang nak minta penambahan peruntukan untuk tanaman semula pokok kelapa sawit yang sudah tua.

"Kita nak minta bajet tambahan…itu kena tanya Kementerian Kewangan (MoF) ," katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke reruai KPK di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 hari ini.

Kerajaan sebelum ini telah memperuntukkan sejumlah RM100 juta menerusi Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0 di bawah Belanjawan 2024 yang dibentangkan Oktober tahun lepas.

Johari berkata pada masa sama, KPK turut berhasrat memohon MoF mempertimbangkan penyediaan peruntukan dalam Belanjawan 2025 untuk penanaman semula pokok getah bagi membantu pekebun kecil.

"Tanaman semula (getah) juga merupakan salah satu inisiatif yang kita buat…yang ini memerlukan modal dan kita akan bawa benda ni kepada MoF," katanya, sambil menambah inisiatif itu sebagai usaha mengurangkan kebergantungan import getah asli pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Johari berkata kementerian menerusi agensinya sedang giat mempromosikan kepada pekebun kecil supaya berdaftar dengan BUDI Agri-Komoditi bagi menikmati sumbangan tunai kerajaan susulan pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel.

Beliau berkata daripada sejumlah 210,00 pekebun kecil dalam negara, hanya kira-kira 18,000 yang telah berdaftar dengan BUDI Agri-Komoditi.

"Agensi-agensi KPK bila turun ke bawah, kita dapati bahawa banyak maklumat tidak sampai kepada mereka sedangkan rasionalisasi subsidi ini sudah berjalan, jadi kita nak pastikan mereka tidak terjejas," tambahnya.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....